Ondeh-ondeh atau juga disebut sebagai kuih buah Melaka di sesetengah tempat adalah kuih tradisional yang sememangnya menjadi pilihan dan sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja.


Ia adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, gula melaka, kelapa parut dan juga pandan wangi.
Siapa sangka kuih tradisional ondeh-ondeh berjaya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) setelah 50,000 biji berjaya dihasilkan di Melaka pada 25 Oktober 2025.

Ondeh-ondeh juga dikenali sebagai kuih buah Melaka di sesetengah tempat.

Program ini bukan sekadar mencipta rekod sebaliknya memartabatkan warisan makanan tradisional (kuih buah Melaka) kepada masyarakat dan generasi muda melalui aktiviti berasaskan kulinari tempatan.
Pencapaian bersejarah ini melibatkan kerjasama erat antara Persatuan Cef Negeri Melaka, Politeknik Merlimau, PLP Skill Institute, Kolej Komuniti Bukit Beruang dan Institut Kemahiran Belia Alor Gajah. - KitaReporters

