Insan & Komuniti 05 Sep, 2025

Syabas warga IPD, bomba, JKR, penduduk setempat! Maulidur Rasul dirai dengan gotong royong perdana!

Share this

Menjelangnya sambutan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal 1447 pelbagai program dan aktiviti direncana dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan.


Membersihkan kawasan luar masjid sedang giat dilaksanakan.

Anggota Jabatan Kerja Raya membersihkan kawasan parit dan longkang sekitar kawasan parkir masjid.

Selain ceramah, tazkirah, kuliah mahupun perarakan dengan iringan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, aktiviti kemasyarakatan turut diberi prioriti terutama gotong royong membersihkan masjid, surau dan tanah perkuburan.

Begitu juga dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput, Perak yang turut merebut peluang dan ganjaran akhirat yang disediakan.

Terkini pada 2 September 2025, warga IPD bersama-sama dengan 100 peserta telah berhimpun menjayakan gotong-royong perdana anjuran Masjid Al-Ghufraniah.


Siling dan habuk turut menjadi keutamaan pembersihan kali ini.

Mengemob dan membersihkan kawasan balai lintang masjid turut diberi perhatian.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu menggunakan pili bomba bagi melancarkan tugas-tugas pembersihan kawasan sekitar masjid.

Program ini terbukti berjaya disempurnakan dengan lancar setelah disertai oleh pelbagai agensi kerajaan serta komuniti setempat demi menceria dan membersihkan masjid.

Selain warga IPD, turut sama ialah anggota Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Ghufraniah serta organisasi-organisasi setempat.

Yang pasti inisiatif menjelang Maulidur Rasul ini bukan sahaja menyemarakkan semangat sambutan Maulid sebaliknya menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan memperkukuhkan lagi hubungan erat antara polis dan masyarakat selaras dengan cogan kata "polis dan masyarakat berpisah tiada". - KitaReporters


Anggota IPD Sg Siput membersihkan longkang dan parit dalam kawasan Masjid Al-Ghufraniah.

Anak-anak muda setempat juga tidak mahu ketinggalan turut sama turun padang dalam gotong-royong perdana yang diadakan.

Sebahagian lagi dari anggota IPD yang membahagikan tugas masing-masing bagi melancarkan program menceriakan masjid.

14
13
0
10
0
You will be interested