Insan & Komuniti 05 Apr, 2023

Video| Daulat Tuanku! Raja Perempuan Kelantan berangkat jelajah Ramadan! Enaknya air tangan tuanku!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


ANAK-ANAK yatim merupakan suatu amanah Allah yang diberikan kepada kita semua untuk dijaga, diasuh dan dididik sehingga mereka mampu berdikari dan meneruskan kehidupan secara sendiri. 

Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis binti Al-Marhum Tengku Abdul Hamid bertitah, mereka sudah kehilangan kasih sayang ibu dan ayah sejak dari kecil dan kini menumpang kasih kepada yang simpati. 

"Alhamdulillah Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah menjadi ‘Ibu bapa’ kepada anak-anak ini sejak sekian lama dengan menyediakan penginapan, makan minum dan keperluan harian termasuk pendidikan untuk mereka.”

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan dan Berbuka Puasa bersama penerima Biasiswa Tengku Anis, anak-anak yatim Darul Aitam MAIK, pelajar Maahad Tafiz Al-Quran MAIK dan mualaf. 

Majlis berlangsung di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji pada 2 April 2023 lalu.




Dalam laporan yang dimuat naik dalam Kelantan D'Raja (Official), Instagram rasmi Istana Kelantan untuk berkongsi perkembangan dan aktiviti Sultan Kelantan, Sultanah Kelantan dan Keluarga Diraja Kelantan memperlihat cerianya tuanku ketika beramah mesra dengan penghuni rumah anak-anak yatim itu.

Turut sama mengiringi Tuanku ialah Tengku Temenggong Kelantan dan Tengku Puan Temenggong Kelantan. 

Bonda Sultan Kelantan ini memang sangat disayangi rakyat Kelantan kerana menjadi peneraju kepada kemajuan negeri itu. 

Malah Kelantan yang terkenal sebagai Serambi Mekah dan rakyatnya majoritinya wanita yang terbabit menggerakkan sumber ekonomi negeri itu menjadi kebanggaan negara kerana peranan tuanku yang banyak menggerakan sektor perniagaan baharu untuk diterokai.

Dalam program yang sama, tuanku berkenan menyampaikan kurniaan kepada 49 orang pelajar Penerima Biasiswa Tengku Anis, 85 orang anak yatim Darul Aitam MAIK, 86 orang pelajar Maahad Tahfiz MAIK dan 30 orang mualaf. 



Tengku Anis bekas Sultanah Kelantan juga terkenal aktif dalam kegiatan amal. Sinonim dengan negeri syurga makanan oleh pelancong, tuanku turut mempamerkan bakat memasak juadah Kelantan kepada orang ramai setiap kali dijemput menghadiri acara anjuran kerajaan negeri. 

Ini terbukti ketika tuanku berkenan berangkat ke Karnival Jom Ke Masjid (MASIP Day) 2023 dan Majlis Tadarus Al-Quran, di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian pada 2 Mac 2023.

Tengku Anis sempat membuat demostrasi memasak ‘Ayam Masala’, ‘Sambal Lada Burung’, ‘Sambal Lada Masak Limau Kasturi’ dan ‘Colek Ayam’.  

Karnival Jom Ke Masjid ini diadakan selama dua hari yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta permainan sukan turut diadakan. 

Tuanku turut berkenan mengurniakan bantuan kepada mangsa banjir yang terpilih. Selain itu turut diadakan Tadarus Al-Quran  dipimpin oleh Imam Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Hafizi Ramli.



Sementara itu pada 8 Mac 2023, Tengku Anis juga berkenan berangkat melawat ke Karnival ‘Jom Ke Masjid’ (Masip Day 2023) yang berlangsung di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot. 

Tuanku menunjukkan kemahiran menyediakan juadah resepi Istimewa dari Istana Mahkota iaitu ‘Ayam Ali Baba, Acar Ikan dan Beef Steak. 

Tuanku turut berkenan menyampaikan kurniaan kepada asnaf yang terpilih. 

Selain turut melawat gerai pameran pelbagai agensi kerajaan negeri dan swasta. Kemudian sertai majlis solat dan tadarus al-Quran yang berlangsung di bawah dipimpinan Imam Masjid Muhammadi II, Telipot  Al-Fadhil Ustaz Osman Mat Zin. - Kitareporter



18
11
0
19
0
You will be interested