MUNGKIN rakyat England dan tanah jajahannya dapat Camilla Rosemary Shand @ Parker Bowles, bekas gundik Raja Charles sebagai permaisuri England @ United Kingdom (UK) yang baharu.
Tetapi aura kegemilangan Lady Diana Spencer tetap menjadi pilihan warga dunia apabila mereka menabalkannya sebagai Permaisuri England dalam alam maya.
Wajah Diana yang memakai mahkota Permaisuri dan tiara diraja yang menjadi perhiasan Permaisuri menghiasi kepala dan gambar-gambar yang dipakaikan mahkota oleh netizen dalam Tik Tok menjadi viral dikatakan turut menghilangkan seri acara pertabalan Raja Charles sebagai ketua negara Britain itu dan 15 lagi jajahan takluknya dalam Kerajaan Komanwel.
Diana Frances Spencer dilahirkan pada 1 Julai 1961 di Park House, Sandringham,Norfolk adalah anak bongsu kepada Edward Spencer, Viscount Althorp dengan isteri pertamanya, Frances Spencer, Viscountess Althorp. Bapa Diana kawan baik kepada Ratu Elizabeth.
Diana membesar bersama lima adik beradik hasil perkahwinan dua kali bapanya. Ibu Diana sebenar ialah Frances Spencer dan ibu tirinya, Raine, Countess Dartmouth, anak perempuan kepada novelis romantik, Barbara Cartland. . Adik beradik seibu Diana ialah Lady Sarah McCorquodale, Lady Jane Fellowes dan Charles Spencer, 9th Earl Spencer.
Charles turut membina memorial untuk Diana di tanah keluarganya untuk pusara Puteri Wales itu.
Di sebelah ibunya, Diana mempunyai darah orang Amerika. Moyang Diana merupakan seorang wanita dari keluarga berada dari Amerika, Frances Works. Di sebelah bapanya, Diana merupakan keturunan langsung Raja Charles II melalui dua anak lelaki yang luar nikah dan menerusi Raja James II melalui seorang anak perempuannya yang juga luar nikah.
Menurut penyusun biografi Diana, Lady Colin Campbell, moyang kepada moyang Diana, Eliza Kewark (beberapa sumber mengeja nama Kewark sebagai "Kevork" atau "Kevorkian") berasal dari Bombay, India dan kemungkinan keturunan orang India, walaupun keluarga Diana sering mengatakan yang keluarga "Kevork/Kewark" adalah dari Armenia.
Setelah perceraian ibu bapanya, Diana telah dijaga oleh bapanya. Dengan kematiannya datuk di sebelah bapa, Albert Spencer pada 1975, bapa Diana menjadi Earl Spencer ke-8 dan Diana diberi gelaran Lady Diana Spencer dan berpindah dari rumah kanak-kanaknya di Park House ke rumah keluarga besar mereka di Althorp.
Manakala pada masa mudanya, Charles terkenal dengan gelaran playboy kerana dilaporkan mempunyai ramai 'kekasih' termasuk Camilla yang dikenali pada waktu remaja sekitar tahun 1970.
Akhirnya takdir mempertemu Charles dan Diana. Pada 29 Julai 1981, perkahwinan Charles dan Diana telah berlangsung di Katedral St Paul di hadapan 3,500 tetamu jemputan, disaksikan sekitar 800 juta orang di seluruh dunia.
Anak-anak Diana, Putera William dan Putera Harry disenarai dalam susunan pewarisan takhta semasa hayatnya.
Putera Harry berkahwin dengan pelakon Amerika Syarikat (AS) Meghan Markle membuat keputusan berhijrah ke AS selepas mengalami tekanan apabila perkahwinan dipersulit oleh istana dan pasangan itu juga dimusuhi media Britain.
Harry dikatakan meneruskan niat ibunya yang tidak sempat berhijrah ke AS kerana maut dalam kemalangan itu. Diana dikatakan akan membabitkan diri dalam dunia perfileman kerana kekasihnya Dodi adalah penerbit beberapa filem di Hollywood.
Harry mempunyai dua anak, Archie dan Lilibet hadir seketika saja pada pertabalan bapanya sebagai raja pada 6 Mei 2023 tanpa ditemani isterinya yang menjaga anaknya serta membuat persiapan menyambut hari jadi Archie.
Charles tidak dibenarkan berkahwin dengan Camilla kerana perwatakan wanita itu bukan bertaraf diraja kerana pada zaman remajanya, Camilla yang menyondol kekasih adik iparnya, Puteri Anne yang berkasihan dengan Andrew Parker Bowles. Camilla memikat Parker Bowles untuk dijadikan suaminya, selepas ditinggalkan oleh Charles yang menjalani khidmat diraja selama setahun.
Selepas kembali menjalin hubungan cinta dengan Charles, Camilla masih isteri orang dan menjadi 'orang ketiga' dalam perkahwinan diraja itu.
Kenyataan itu disahkan oleh Diana ketika ditemu ramah sebelum kematian dan disahkan oleh anak keduanya Harry yang pernah melarang bapanya berkahwin dengan Camilla yang disifatkan sebagai wanita jahat.
Ratu Elizabeth II pernah memberitahu sangat menyukai Diana sebagai Puteri Wales terbaik yang pernah ada di dalam keluarga kerabat dan mengesahkan dia mengadakan banyak parti bersama Diana. Malah takdir sebaliknya apabila Diana meninggal dunia dalam nahas jalanraya di terowong Pont de l'Alma di Paris bersama Dody Al-Fayed dan pemandunya, Henri Paul selepas menghadiri makan malam pada 31 Ogos 1997.
Kereta Mercedes-Benz W140 (no pendaftaran 688 LTV75) dipandu oleh pemandu keselamatan Hôtel Ritz Paris, Henri Paul dipandu laju bagi mengelak jurugambar paparazzi.
Diana pernah memberitahu dia tidak mungkin menjadi Ratu England dan meramalkan ada satu plan untuk membunuhnya. Dia hanya mahu menjadi Ratu Rakyat dan kini dia ditabalkan oleh rakyat yang mengasihinya sebagai Ratu Diana.
Analisis darah menunjukkan Henri Paul telah minum alkohol 3 kali lebih dan mengurangkan kstabilan semasa memandu.
Tetapi teori konspirasi menyatakan sampel darah itu kepunyaan orang lain kerana biasanya pemandu keselamatan dan profesional tidak minum pada malam Diana berada.
Henri Paul berjaya melintasi 13 tiang terowong tetapi gagal mengawal kereta selepas itu. Soalnya mengapa di dalam terowong. Terowong dua hala itu dibina tanpa halangan logam.
Semua yang berada dalam kereta tidak memakai tali keledar. Anehnya pengawal peribadi Fayed yang bernama Trevor Rees-Jones terselamat. Dodi Fayed dan Diana duduk di tempat duduk belakang.
Pendarahan dalaman berlaku dan mereka mati di tempat kejadian jam 4 pagi.
Pengkebumian diadakan pada 6 September 1997 dan disiar secara langsung ke seluruh dunia termasuk stesen televisyen RTM TV1, RTM TV2 dan TV3 di Malaysia, ditonton lebih 1.5 bilion penonton .
Tidak hairanlah pada hari pertabalan Charles pada 6 Mei 2023, turut ditabal bersebelahan ialah Diana yang kemudian diviral paling banyak dalam media massa terutama Tik Tok. - KitaReporters