KISAH sepasang suami isteri dari Banglore, India menjadi tular selepas bertindak luar biasa apabila mahu mencederakan dirinya sendiri dengan mencurah seluruh badan dengan petrol bagi tujuan membakar diri mereka sendiri.
Namun tindakan berkenaan tidak kesampaian apabila jiran tetangga dan orang ramai menghalang sebelum menyelamat pasangan berkenaan daripada terus melakukan perkara berkenaan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kecewa dan kekecewaan
Semuanya berlaku selepas pasangan suami isteri itu diarahkan berpindah selepas pihak berkuasa mendakwa pasangan berkenaan tinggal di atas tanah haram.
Memetik indiapostsen.com, pasangan yang dikenali sebagai Sunil Singh dan Sona Singh itu dikatakan terlalu kecewa setelah rumah yang didiami sejak 15 tahun lalu bakal dirobohkan selepas didakwa membina rumah di atas tanah haram.
Dalam kejadian pada 13 Oktober 2022 lalu, pasangan itu dikatakan mengugut mahu mencederakan pegawai yang bertanggungjawab merobohkan rumah sekiranya meneruskan tindakan merobohkan kediaman mereka.
Namun kerana terlalu geram si isteri kemudian terus mencurahkan petrol ke seluruh tubuh sebelum mencurah minyak berkenaan ke arah suaminya.
Bagaimanapun tindakan berkenaan berjaya dihalang oleh jiran-jiran yang kemudian mengangkat pasangan itu dengan tujuan menyelamatkan pasangan berkenaan.
Malah orang ramai dan pasukan bomba bertindak cepat menyiramkan air kepada pasangan dengan tujuan mahu menyelamatkan.
Sementara itu Sunil berkata rumah teres tiga tingkat yang didiami itu dibina hasil titik peluhnya sendiri selepas membuat pembiayaian bank bagi menyiapkan kediaman berkenaan.
Malah akuinya sehingga kini dia masih membayar pinjaman berkenaan.
Namun alangkah terkejut apabila didakwa telah melakukan pencerobohan dan tinggal secara haram haram.
Dia kemudian cuba mendapatkan penjelasan alasan pencerobohan dilakukan bagaimanapun, sehingga kini tiada siapa yang dapat menjawab dan pencerobohan pula terus dilakukan.
Dalam pada itu, pihak berkuasa menegaskan bahawa, proses perobohan bangunan itu tetap diteruskan, selepas pasangan suami isteri itu diselamatkan.
Seorang pegawai berkata, pihaknya telah menghantar notis keada 12 pemilik rumah dan sebuah pangsapuri di kawasan berkenaan. - KitaReporters