Insan & Komuniti 24 Sep, 2022

Video| Sahabat dunia akhirat, susah nak jumpa! Seorang bapa dipimpin rakan setiap hari ke masjid!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


PERKONGSIAN seorang wanita menunjukkan bapanya yang mengalami penglihatan kurang jelas dipimpin oleh seorang rakan untuk ditemani ke masjid dengan berjalan kaki undang sebak orang ramai sehingga menjadi tular.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @_4clover_ini, kelihatan seorang warga emas dipimpin tangan sambil berjalan kaki serta memegang payung berjalan kaki bagi menuju ke masjid.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sahabat atau kawan


Ayah dah tak nampak tapi sahabat ayah hari-hari datang tolong bawakan ke masjid,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial amat tersentuh melihat persahabatan yang terjalin antara kedua-dua warga emas itu serta menyatakan mendapat sahabat yang baik merupakan satu rezeki juga.




“Masyaallah, semoga kita juga dikurniakan sahabat sebegini, ameen,” jelas @Fazura.

“Definisi kawan sehingga jannah. Moga Allah terima segala amal ibadah keluarga awak dan kembali bersatu di jannah, ameen,” ujar @miraadriana.

“Moga mereka berjumpa di syurga nanti, sahabat dunia akhirat, susah nak jumpa,” tulis @Jiminahhh. - KitaReporters


12
13
0
14
0
You will be interested