Insan & Komuniti 07 Oct, 2022

Video| Allahu! Hujan lebat sebabkan hakisan di tanah kubur! Ada jenazah hanyut! Kain kapan kelihatan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENYAYAT hati... mungkin itu boleh digambarkan apabila melihat gambar ini!

Bayangkan yang dilihat ini adalah ahli keluarga kita sendiri pasti sedih mengenangkan apa yang berlaku.

Inilah realiti yang berlaku ekoran kesan runtuhan tembok dan hakisan tanah melibatkan kawasan tanah perkuburan umum (TPU) Sirnaraga di Kota Bandung, Indonesia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan tanah-tanah perkuburan



Memetik detik.com, kejadian pada 5 Oktober 2022 lalu berlaku selepas hujan lebat dalam tempoh lama dan hakisan tanah sehingga menyebabkan dua kain kapan terjulur keluar dari yang berada di kawasan bertebing.

Perkongsian ini menjadi tular dalam media sosial selepas dirakam oleh seorang penduduk dan dimuat naik dalam media sosial sehingga mengundang simpati netizen.




Sementara itu, Ketua Unit Pelaksana Teknikal (UPT) Tanah Perkuburan Wilayah 3 Kota Bandung, Saeful Iman mengesahkan sebanyak 25 kubur terkesan akibat hujan lebat yang menyebabkan hakisan tanah.

Lebih menyedihkan Saeful berkata pihaknya telah meletak penahan sebagai benteng namun runtuh sehingga menyebabkan beberapa jenazah hanyut.



Malah, daripada 25 kubur yang terjejas, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar jam 2.37 petang (waktu Indonesia Barat). 

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.



Perkongsian berkenaan menjadi tular dan masing-masing meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun kecekapan pihak berkuasa yang terus bergegas ke tanah perkuburan dan berusaha membetulkan keadaan.

Akhirnya jenazah yang terkeluar disimpan semula yang melibatkan tujuh kubur, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa.

Semoga pihak berkuasa lebih bersedia dan menyediakan pelan-pelan persiapan dalam menghadapi musim yang tidak menentu supaya kisah sama tidak berulang lagi. - KitaReporters


19
17
0
8
0
You will be interested