Insan & Komuniti 26 Apr, 2025

Video| Mana supirnya? Bidan nekad pandu sendiri ambulans! Bawa ibu mengandung ada masalah bersalin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Dalam sesebuah agensi akan ada  pekerja yang mempunyai tanggungjawab yang tinggi dalam tugas. Dan ada yang sebaliknya dengan lebih suka ponteng atau ‘hilang’ ketika bertugas. Dan ia boleh memberi tanggapan negatif masyarakat.

Kejadian di klinik kerajaan (Pusat Kesihatan Masyarakat atau Pukemas) di Kabupaten Dairi, Sumatera Utara, pada Jumaat, 18 April 2025 menarik perhatin ramai.

Seorang bidan nekad memandu sebuah ambulan bagi menyelamatkan seorang ibu hamil yang mempunyai masalah kelahiran.

Seorang ibu hamil datang ke klinik itu untuk membuat pemeriksaan. Bidan yang bertugas mendapati terdapat masalah untuk bersalin dan ia perlu dibawa ke hospital dalam kadar segera. Namun masalahnya pemandu ambulans tiada dalam keadaan kecemasan itu.
Setelah 15 minit menunggu, pemandu masih tidak muncul sedangkan keadaan ibu hamil yang sudah berada di dalam ambulans semakin membimbangkan. 

Bidan itu dengan bantuan tiga kakitangan termasuk pembantu bidan nekad untuk memandu sendiri ambulans tersebut dengan memasang siren untuk sampai ke hospital terdekat.

Dan tindakan nekad ini mampu menyelamatkan dua nyawa iaitu si ibu dan bayi yang dilahirkan. 


Salah seorang kakitangan sempat merakam aksi itu dalam telefon selularnya dan kemudian dimuat naik dalam Instagram @TKPMEDAN.

Aksi itu mendapat pujian daripada warganet. Beberapa netizen menganggap bidan itu melakukan perkara terpuji di mana sanggup melakukan tugas orang lain demi menyelamatkan insan lain. 

Bagaimanapun bahan yang dimuat naik itu tidak mencatatkan nama bidan itu dan nama Puskemas itu menyebabkan Jabatan Kesihatan Sumatera Utara perlu menjalankan siasatan dalam kes itu.

Menurut Setiausaha Pejabat Kesihatan Kabupaten Dairi, Frisda Turnip, pemandu ambulans itu akan dikena tindakan disiplin sementara bidan itu akan diberi surat penghargaan. - KitaReporters

8
11
0
10
0
You will be interested