Insan & Komuniti 01 Jan, 2025

Demi keselamatan dalam talian! Op Pedo PDRM, MCMC jejak pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Dalam memastikan keselamatan dalam talian untuk seluruh rakyat Malaysia, yang menjadi keutamaan kerajaan Madani, seramai 13 lelaki tempatan berusia 20 hingga 74 tahun berjaya ditangkap dalam serbuan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Terengganu.

Penahanan mereka dilakukan di bawah Operasi Bersepadu, Op Pedo (Operasi Pedofilia) bagi menjejaki pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan Operasi Bersepadu “Op Pedo” untuk menjejaki pesalah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian yang melibatkan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM).  

"Seramai 13 lelaki tempatan berusia 20 hingga 74 tahun berjaya ditangkap dalam serbuan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, dan Terengganu," menurut satu kenyataan MCMC pada 24 Disember 2024.

Katanya, pperasi ini bukan sahaja menumpaskan aktiviti jenayah dalam talian, malah bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa, masyarakat, dan penyedia platform media sosial mengenai tanggungjawab melindungi kanak-kanak daripada ancaman ini.  

Kesemua suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.  



Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan syabas kepada PDRM, khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), serta MCMC.

"Syabas atas pelaksanaan operasi bersepadu “Op Pedo” yang bertujuan menjejaki penjenayah seksual terhadap kanak-kanak di pelbagai platform dalam talian.

"Tindakan tegas ini membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak, termasuk secara dalam talian."




Fahmi juga menegaskan, Kerajaan Madani akan terus menyokong sepenuhnya usaha bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara, serta tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah yang mengancam masa depan mereka.

"Kementerian Komunikasi sekali lagi menggesa semua penyedia platform dalam talian agar lebih proaktif menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral serta menyalahi undang-undang.

"Ibu bapa turut dinasihatkan agar memainkan peranan penting dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak terutama yang di bawah umur, bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

"Sama-sama kita melindungi generasi muda daripada segala bentuk ancaman dan eksploitasi," katanya lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
10
0
11
0
You will be interested