Insan & Komuniti 08 May, 2024

Sembang-Sembang| Nekad untuk berpisah! Demi cari kebahagiaan! Daripada dihina dan maruah tercabar!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this


Jangan menghina orang. Allah tak suka. Kalau tak suka, belajar memaafkan. Pujuk hati buang dendam. Kita manusia tak sempurna.
Selalu buat silap. Jom muhasabah diri. Semoga hidup Allah berkati.
Kalau sudah tak sayang, buat cara elok, jangan hina, kata Mimi yang ingin berkongsi kisahnya.
Mimi menghadapi masalah dengan suami sejak 3 tahun lalu. Puncanya sebab orang ketiga. Kemuncaknya pada Disember tahun lalu (2023). Sedihnya Mimi dihina oleh suami.
Kata Mimi, macam-macam dia burukkan. Semua yang negatif sedangkan sepanjang 3 tahun itu banyak pengorbanan yang dibuatnya.
Malas berlawan kata, Mimi mengambil keputusan berdiam diri. Itu lebih baik, katanya. Tapi lagi kita diam, lagi rancak dia mencanang cerita. 
Yang tidak tidak dijajanya... Maruah Mimi tercabar. Mana nak letak muka. Malunya yang amat! 


Setelah fikir, akhirnya Mimi. nekad ke pejabat agama. Sudah sampai masa, masa hadapan difikirkan. Bukan terus merintih dan merayu pada orang yang  dah tak suka kita. 
Puas berusaha. Namun jalan terbaik adalah berpisah! 

Iktibar daripada kisah ini:

Berpaling kepada Allah minta pertolongan. Jangan bersedih. Tabahkan hati. Lumrah rumah tangga,  ada bahagia ada derita. 
Kepada kaum Adam. Jika sudah tak suka, lepaskan dengan elok. Jangan hina dan burukkan isteri. Ingat, apapun keadaan, mereka pernah ada di hati anda. 
Ingat  masa-masa indah bersama. Pernah gembira dan menangis bersama. Jaga aib isteri. Itu amanah Allah. Setiap orang buat silap. Masih ada ruang untuk membaiki keadaan. 
Siapapun kita, tetap tak sempurna. Jangan rasa hebat bila dapat aibkan orang terutama wanita yang pernah Allah amanahkan kepada anda. 
Ingat dosa, ingat balasan Allah. Isteri amanah Allah. Yang perlu dijaga, bukan dihina. Yang perlu dikasihi, bukan dibenci. 
Jangan habis madu sepah dibuang. Jadilah seperti bulan yang setia hadir pabila malam menjelma. Dan matahari yang terbit tepat siang hari untuk menerangi alam. 


Semoga Allah permudahkan urusan Mimi. Terima kasih berkongsi kisah ini. Semoga ada hikmah menanti. Awak mesti kuat ya! Jalan terus. - KitaReporters

11
12
0
14
0
You will be interested