Insan & Komuniti 29 Oct, 2023

Ramai sebak, terharu! Kakak hadiahkan adik bongsu telefon mahal! Harap tak lupakannya bila dah besar!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Hubungan paling membahagiakan adalah hubungan antara adik-beradik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik-beradik. Sesekali bergaduh dan bermasam muka, bukanlah perkara luar biasa. Bak kata pepatah, air dicencang takkan putus.

Sejak kecil, ibu atau ayah pasti pernah berpesan agak rezeki dikongsi bersama. Jangan lokek sesama adik-beradik. Andai salah seorang mempunyai kerjaya yang bergaji besar, tak salah untuk berkongsi selagi ia tidak melebihi batas.



Kisah seorang wanita dan juga pengguna aplikasi TikTok bernama dianamadi boleh dijadikan contoh. Dia berkongsi momen indah apabila menghadiahkan adik bongsunya sebuah telefon bimbit mahal dan berjenama. 

Dalam video yang dikongsi itu, kelihatan si adik menerima sebuah kotak pemberian si kakak. Saat membuka kotak tersebut, si adik mula terkejut kerana tidak menyangka di dalam kotak tersebut adalah sebuah telefon bimbit yang diidam-idamkan selama ini. Lebih mengharukan, si adik terus memeluk si kakak tanda terima kasih.


Si adik teruja untuk mengetahui apakah yang ada di dalam kotak pemberian kakaknya itu.


Ramai terpesona dengan kasih sayang yang ditunjukkannya. Reaksi spontan adiknya menerima hadiah tersebut sangat membuatkan sesiapa sahaja yang menonton video berkenaan tersenyum. Bayangkan, video tersebut telah ditonton sebanyak lebih satu juta tontonan!

“Hadiah sebab dah buat terbaik untuk sukan. Dapat wakil negeri olahragawan. Lagipun kesian tengok dia wakil negeri main bola, pergi jauh-jauh telefon tak cantik nak buat video. Nak bagi semangat sama. 

"Tahun depan nak masuk sekolah menengah sukan. Salah sorang adik bongsu ni sahaja harapan mak ayah yang rajin pergi sekolah belajar pun. Nanti dah besar dan berjaya, harap tak lupalah kakakmu ni. Nak apa semua beli,” tulisnya.



Rata-rata netizen mula memasang angan-angan untuk mempunyai kakak seperti itu. Pelbagai komen positif dapat dilihat dalam ruangan komen. Malah tak kurang juga yang sebak melihat momen tersebut. 

“Saya sebak sis. Adik bongsu saya awal-awal dah cakap, along nanti dah kerja belikan Apple Watch.”

“Sabar ya adikku. Nanti dah berjaya lebih lagi kakak kamu ni bagi.”

Semoga hubungan dua beradik ini dapat dijadikan contoh dan teladan. Betul, sebak pula tengok keakraban dua beradik ini. Semoga si kakak terus dimurahkan rezeki dan kesihatan. - KitaReporters


15
13
0
13
0
You will be interested