Insan & Komuniti 14 Sep, 2023

Terbaiklah! 14 pelajar perempuan Malaysia sampai ke puncak Fujiyama! Sempena Hari Kemerdekaan Ke-66!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


“Semangat mahu mencabar diri serta untuk tabah menghadapi cabaran, itu yang membuatkan saya cekal untuk menawan puncak Gunung Fuji di Jepun,” luahan spontan Nurul Syakirin Borhan yang berjaya sampai ke puncak Fujiyama sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-66. 

Semangat cintakan negara juga membuatkan 14 pelajar perempuan Malaysia dari pelbagai universiti di Jepun mengatur gerak usaha mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Fuji melalui program yang diatur oleh mahasiswa Malaysia di negara itu.

Pendakian ke puncak dari Stesen Lima Laluan Yusida bermula seawal jam 7 malam dan melalui laluan berbatu yang begitu mencabar. 



Gunung Fuji ini merupakan gunung berapi yang dikira masih aktif dan mempunyai pemandangan yang sangat indah terutama sewaktu terbit matahari dan juga pemandangan persekitarannya. 

Alhamudillah bagi Nurul Syakirin, mahasiswi jurusan Kejuruteraan Bioteknologi, Universiti Antarabangsa Yokohama Jepun, impian sejak kecil untuk menawan puncak gunung tertinggi di negara matahari terbit itu menjadi kenyataan.

Kumpulan ini membuat pelbagai persediaan dan menjalani latihan dan akhirnya usaha mereka membuahkan hasil dan dicapai pada awal pagi Hari Kemerdekaan Malaysia. Tahniah !

Gunung Fuji (Fujiyama) setinggi 3,776 meter menjadi idaman para pendaki dari seluruh dunia untuk berada di puncaknya. 

Tempoh waktu pendakian yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Jepun bermula pada pertengahan bulan Julai sehingga pertengahan bulan September pada setiap tahun.



Ketika ditanya apakah ada hasrat untuk hobi mendaki mana-mana gunung lagi, Nurul Syakirin menyatakan beliau sudah meminta izin daripada keluarga untuk mendaki Gunung Kinabalu pula.  

Nurul Syakirin, alumni Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan menyatakan bahawa Allah SWT berfirman melalui sembilan ayat Al-Quran yang menggalakkan menusia untuk berjalan-jalan di muka bumi ini dan melihat kebesaran Allah melalui dunia yang dicipta-Nya.  

Insya-Allah teruskanlah usaha baik ini untuk melihat kebesaran Allah SWT! - KitaReporters


12
12
0
10
0
You will be interested