Insan & Komuniti 14 Oct, 2023

Video| Wanita dakwa kandungan hilang! Dilarang keluar selepas maghrib! Gara-gara wanita tua ditemui?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Pasti kalian pernah mendengar kisah janin atau bayi dalam kandungan hilang secara tiba-tiba. Kejadian ini sering dikaitkan dengan alam mistik atau ghaib. Sama ada benar atau tidak, kita harus reda dengan ketentuan Allah SWT kerana Dia Maha Mengetahui.

Namun, dari sudut sains, ia dipanggil kehamilan kosong atau juga dikenali sebagai kehamilan tanpa embrio. 

Ia adalah keadaan di mana persenyawaan berlaku, sel-sel dalam rahim masih membentuk kantung ketuban dan plasenta, tetapi telur yang telah bertemu dengan sperma tidak berkembang sebagai kehamilan sepatutnya.

Dalam kehamilan kosong, kantung kehamilan terus berkembang, tetapi tiada embrio berkembang di sana. Kehamilan kosong ini biasanya akan dikesan selepas enam hingga lapan minggu kandungan melalui pemeriksaan ultrasound atau apabila ibu mengalami keguguran sendiri.



Ia masih belum diketahui secara pasti apakah punca sebenar kehamilan kosong. Walau bagaimanapun, ia dianggap disebabkan oleh keabnormalan kromosom, keabnormalan genetik atau telur berada dalam keadaan buruk apabila disenyawakan oleh sperma.

Mungkin inilah yang berlaku ke atas seorang wanita yang kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba. 

Pada awal Oktober 2023 lalu, tular dalam aplikasi TikTok yang dimiliki pemegang akaun bernama zaitunmoramil apabila dia menyiarkan kisah seorang wanita yang kehilangan janin atau bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.

Kisahnya mendapat perhatian netizen sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 545.4k. Kejadian dikatakan berlaku dua bulan lepas. 



Kehilangan itu dikaitkan dengan kejadian alam ghaib atau mistik. Ia bermula apabila dia melanggar nasihat orang tuanya agar tidak keluar rumah selepas matahari terbenam (senja).

Namun disebabkan ketika itu dia mempunyai hal mustahak, dia terpaksa keluar rumah. 

Ketika dalam perjalanan, dia bertemu seorang wanita tua yang ingin menumpangnya ke satu tempat. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju dan menumpangkan wanita tua tersebut.

Dalam perjalanan, wanita tua itu diceritakan sangat peramah dan tidak berhanti-henti bertanya tentang kehamilannya. Oleh kerana teruja dan gembira mengenangkan dia bakal menimang cahaya mata, dia pun tanpa ragu-ragu bercerita dengan terperinci.



Sedang asyik bercerita, wanita tua tadi meminta untuk diturunkan di tepi jalan sedangkan di situ suasana sangat gelap, sunyi tanpa ada sebarang rumah atau penempatan.

Dipendekkan cerita, seminggu selepas berjumpa dengan wanita tua itu, dia mengaku sering pening kepala hingga berdenyut-denyut. 

Oleh kerana bimbang dan takut perkara buruk berlaku, dia mengambil keputusan untuk berjumpa doktor. Hasil pemeriksaan doktor sangat mengejutkan apabila mendapati kandungan sudah kosong atau blighted ovum

“Suami dan keluarga juga terkejut, semua orang menyalahkan saya kerana tidak dapat menjaga kandungan dan keluar rumah ketika mengandung,” tulis wanita itu.



Rata-rata netizen mengandaikan kejadian tersebut dengan alam ghaib dan berpesan agar membawa bersama gunting atau jarum peniti ketika keluar. Manakala ada juga yang menasihati agar sentiasa berzikir siang dan malam. - KitaReporters


7
16
0
17
0
You will be interested