PERJALANAN seseorang individu dalam dunia ini tak sama, ada yang kaya dan juga sebaliknya. Itulah lumrah kehidupan di muka bumi. Ada yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sama seperti video yang tular dalam media sosial 12 November 2022 lalu yang menunjukkan seorang anak gelandangan di Manila, Filipina yang tidak meletakkan kesusahan diri dan keluarga sebagai kekurangan kepada dirinya untuk belajar sebaliknya terus berusaha demi mengubah kehidupan yang lebih sempurna.
Lagi kisah-kisah plu berkaitan orang-orang gelandangan
Demi menjadi orang hebat, kanak-kanak gelandangan Elaine Dolfo sanggup menyiapkan kerja sekolah di kali lima di luar blok sebuah pangsapuri di Filipina dalam keadaan hujan lebat.
Keluarga Elaine yang berusia lapan tahun itu difahamkan dihalau daripada rumah sewanya menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa menumpang di kaki lima pangsapuri di bandar Manila.
Malah kesungguhan dirinya yang sanggup menggunakan jaket kalis air yang lebih besar untuk dijadikan penghalang bagi membolehkan dia menyiapkan tugasan kerja sekolah.
kawasan berkenaan dan merakamkan kejadian berkenaan.
Malah, perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai dan ada juga insan lain yang tampil membantunya.
Elaine kelihatan tidak berputus asa, sebaliknya terus gigih menyiapkan kerja sekolahnya sambil berkali-kali membetulkan jaket yang diletakkan di atas kepalanya dan terus membongkok badan untuk menulis dalam keadaan hujan lebat.
Keadaan itu menyebabkan buku sekolah dan jaket pelindung terkena tempias hujan sehingga kanak-kanak ini dilihat kelihatan basah kuyup.
Ketika ditanya, Elaine berkata dia mahu menjadi pelajar cemerlang dan mahu mengubah kehidupan keluarganya.
“Saya mahu siapkan kerja rumah ini dan mendapat keputusan yang baik di sekolah, jadi apabila besar saya boleh dapat kerja yang baik untuk menjaga keluarga saya,” kata pelajar Sekolah Rendah Aurora Quezon.
Selepas video Elaine tular, seorang mahasiswa universiti dari Tennessee di Amerika Syarikat, Marlene Garcia telah menubuhkan tabung semata-mata membantu Elaine dan keluarganya.
Semoga apa yang diharapkan anak kecil lapan tahun menjadi realiti, kesungguhan dirnya membuktikan dia mampu berjaya dan mengubah kehisupan keluarga kepada yang lebih sempurna. - KitaReporters