Insan & Komuniti 27 Mar, 2022

Video| Rindukan isteri! Lelaki Vietnam nekad naik bot dari Thailand ke India! Gunakan bot getah!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


KUASA cinta mengatasi segala-galanya, sanggup lakukan apa sahaja demi rindu kepada sang isteri.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki Vietnam yang terlalu rindukan isteri tercinta yang berada di Mumbai, India kerana urusan pekerjaan.

Memetik laporan theguardian.com, lelaki yang dikenali Ho Hoang Hung dikatakan nekad menggunakan laluan air selepas usahanya untuk bertemu isteri menggunakan laluan udara tersangkut.

Hanya berbekalkan sebuah bot getah lelaki berani itu nekad untuk memulakan perjalanan ke India


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cinta



Sebelum ini, Hoang Hung dikatakan membeli tiket penerbangan dari Saigon ke Bangkok sebelum meneruskan perjalan ke Mumbai, namun rancangan berkenaan gagal selepas dia tidak memiliki visa.

Tanpa berfikir panjang lelaki berusia 37 tahun itu kemudian nekad mendayung sejauh 2,016 kilometer dari Thailand ke India dengan menyeberangi Teluk Benggala demi cinta kepada isterinya.

Pasangan berkenaan terpisah lebih dua tahun berikutan sekatan COVID-19.

Bagaimanapun usaha untuk bertemu isterinya tidak kesampaian apabila dia ditahan polis marin selepas 80 kilometer meneruskan perjalanan.



Menyedihkan lagi ketika ditahan polis marin, lelaki berkenaan hanya menggunakan bot getah tanpa sebarang bantuan lain selain bekalan air minuman dan mi segera  semata-mata untuk sampai ke Mumbai.

Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga, Tentera Laut Diraja Thailand memaklumkan Hoang Hung merancang untuk merentasi Teluk Benggala dan Pulau Andaman ketika musim siklon hampir tiba.

Difahamkan, dia memulakan 'perjalanan cinta' sejak 5 Mac 2022 lalu namun berdepan cabaran angin kencang yang menyukarkan perjalanannya selama dua minggu

Walaupun selepas 18 hari di atas bot,  Hung hanya mampu mendayung 80 kilometer dari pantai. 

Pihak Tentera Laut memaklumkan, bagi mencapai impian bersatu bersama isteri, lelaki berkenaan  perlu mengambil masa kira-kira 625 hari untuk sampai ke pantai India menerusi cara tersebut.

Alamak lamanya...dahlah bahaya perjalanan yang digunakan.

Sayangnya usahanya gagal dan dia kini diselamatkan tentera Laut Thailand dan diminta untuk menangguhkan perjalanan berikutan menyalahi undang-undang selain berdepan dengan bahaya untuk merentasi Teluk Benggala

Ternyata cinta kepada isterinya sangat luar biasa, inilah bukti kerana cinta sanggup melakukan apa sahaja walaupun meredah Teluk Bengal. - KitaReporters


8
16
0
6
0
You will be interested