Insan & Komuniti 18 Aug, 2021

Hasrat warga emas rompak bank gagal! Tulisan terlalu buruk! Juruwang tidak faham nota ugutan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

NOTA ugutan yang diserahkan oleh Alan Slattery kepada juruwang bank Nationwide Building Society di London Road. - Kredit foto:huffpost.com


BAGI kehidupan warga emas yang sudah bersara dan bebas tekanan kerja, sepatutnya diisi dengan bersantai keluarga selain berehat serta mengisi masa terluang dengan aktiviti yang digemari.

Namun berbeza dengan seorang pesara di selatan England yang terpaksa menghabiskan masa tua dengan meringkuk di dalam perjara akibat  salah langkah yang dilakukan sendiri.

Inilah dikatakan kalau niat tidak betul pasti akan terima jua padah… lambat atau cepat je!


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan merompak

ALAN Slattery yang melakukan tindakan merompak bank secara solo dengan menghulurkan nota ugutan ketika menapak masuk ke bank berkenaan.


Itulah berlaku kepada seorang warga emas, Alan Slattery mempunyai niat tidak baik dan melakukan merompak secara solo sebuah bank Nationwide Building Society di cawangan Eastbourne, London Road, St Leonards di Sussex

Memetik laporan newsweek.com, niat tidak jujur lelaki itu terhalang hanya disebabkan dia mempunyai tulisan cakar ayam, sekali gus menyebabkan hasrat itu gagal selepas juruwang tidak dapat membaca apa yang ditulis.

Slattery sebelum ini pernah melakukan rompakan di bank di kampung halamanyanya di St. Leonards dan berjaya membawa lari AS$3,300 (RM13,983).

Rompakan itu berjaya kerana juruwang bimbang suspek melakukan sesuatu luar jangkaan. 

Namun lelaki berusia 67 tahun itu menyangka cubaan seterusnya itu berjaya untuk melakukan kerja terkutuk tapi bak kata pepatah sehebat-hebat tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.



Dalam cubaan merompak itu, lelaki durjana itu memasuki bangunan bank Nationwide Building Society cawangan di Eastbourne dan memberi nota ugutan kepada juruwang.

'Serahkan wang kertas dan fikirkan keselamatan pelanggan lain.' Tulis nota berkenaan kepada juruwang.

Namun nota ugutan itu tidak difahami jururawang berkenaan disebabkan tulisannya terlalu buruk dan sukar difahami menyebabkan dia terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Tindakan terkutuk itu akhirnya disedari pihak bank yang kemudian terus menghubungi polis sebelum menyerahkan nota berkenaan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


KINI Alan Slaterry terpaksa meringkuk dalam penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Lewes atas kesalahan cubaan merompak.


Menerusi CCTV, polis mendapati suspek menaiki bas selepas melakukan rompakan. Polis kemudian memberkas Slattery semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Pihak berkuasa turut menemukan label mudah melekat yang sama dengan nota yang dilekatkan di bank itu

Kini dia menerima habuan dengan tindakan sendiri dan terpaksa meringkuk dalam penjara selama empat tahun selepas dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Lewes Crown atas kesalahan cubaan merompak. - KitaReporters

 

1
0
0
0
0
You will be interested