Insan & Komuniti 12 Jun, 2020

Terbaik Abang Grab! Anak kucing selamat daripada dilanggar!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

BUKAN semua orang sanggup berhentikan kenderaan untuk selamatkan haiwan di tengah jalan yang berisiko tinggi dilanggar ketika itu. Tidak bermakna orang tak berhenti itu tak baik, mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kenderaan yang dinaiki ketika itu sukar untuk berhenti, mungkin juga ketika itu terlalu kejar masa dan hanya mampu berdoa dalam hati agar haiwan itu selamat. : KitaReporters


Tolak ke tepi la jenis hati batu atau tiada perasaan tu. Itu tak boleh cakap apa!!!!.

Pujian harus diberikan kepada pemuda GrabFood ini apabila sanggup berhentikan kenderaan dan mencari anak kucing tengah jalan dalam kesibukan kenderaan lalu-lalang ketika itu. 

Kredit video Twitter Amira 


Video yang dikongsi oleh Amira dalam laman twitter miliknya itu memaparkan pemuda berkenaan berusaha mencari kucing itu sambil ada beberapa orang lain juga membantu.

Jika dilihat dalam video ini, kenderaan ketika itu sangat banyak, mungkin orang baru balik kerja atau balik kampung.

Nasib baik ketika itu lampu isyarat masih merah. Sedikit sebanyak memudahkan pencarian anak kucing ini. 



Terima kasih abang Grab. Anda terbaik!!

Jika dibiarkan begitu sahaja, sukar untuk diperkatakan apa terjadi terhadap haiwan ini.

Orang yang memandu kereta ini sememangnya tidak dapat melihat apatah lagi kucing ini masih kecil.

Kebaikan abang Grab ini pantas mendapat perhatian daripada pihak Grab Malaysia sendiri yang memuji pekerja mereka dan kini mereka sedang berusaha mencari pemuda ini.

Haaa, nampak, tuah ayam di kaki tuah manusia sapa tahu!!! - KitaReporters

2
0
1
0
0
You will be interested