Usia tidak menghalang kepada Jihad Buttu menggenggam ijazah walaupun pada usia senja
BIARPUN hidup di dunia bergolak di bumi Palestin, yang tidak aman dan bedilan bom menjadi hidangan harian mereka di sana selain ketegasan tentera aparteid lagi Zionis Israel yang membuat kawalan sepanjang masa sehingga terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan.
Namun kesengsaraan perjalanan itu tidak menghalang untuk seorang warga emas dari Palestin berusia 85 tahun, Jihad Buttu untuk terus berjaya dan akhirnya menggenggam segulung ijazah dari Kfar Bara Center for Islamic Studies di Israel.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan warga emas
Selepas tamat pengajian ijazah, jihad tetap tidak mahu berhenti mencari ilmu yang tidak lokek dengan ilmu yang diraih, kini mengajar wanita-wanita lain dalam masyarakatnya pula.
Menurut ibu kepada tujuh cahaya mata dari kampung Nazareth, Tebing Barat, kesengsaraan hidup di alam kanak-kanak menyebabkan dia terpaksa berhenti sekolah namun kecintaan terhadap pembelajaran terus membara.
Kali terakhir Jihad menghadiri sekolah sebelum ini adalah pada 1948, ketika usianya 12 tahun namun disebabkan Tragedi 'Nakba' yang menyaksikan pengusiran besar-besaran penduduk Palestin, wanita itu terpaksa berhenti belajar .
Walau berdekad berlalu sejak itu, namun semangat Jihad untuk mengejar ilmu tidak pernah pudar.
Tragedi 'Nakba' yang menyaksikan pengusiran besar-besaran penduduk Palestin, menyebabkan Jihad terpaksa menangguh pengajian di sekolah.
Kesungguhan Jihad mungkin contoh terbaik, membuktikan ilmu merentasi masa dan usia, siapa sahaja boleh mendapatkannya sekiranya ada usaha berterusan.
Kini pada usia yang sepatutnya berehat tetapi Jihad tak mahu menghabiskan sisa usia dibiar membazir begitu sahaja, sebaliknya menggunakan masa terluang itu untuk menimba ilmu.
Kata Jihad dia memasuki institut itu empat tahun lepas, ketika usianya 81 tahun dan dia mengambil kursus bahasa, agama dan matematik.
“Bila saya dengar ada peluang untuk menimba ilmu, saya terus pergi dan tidak mahu lepaskan peluang keemasan ini. Sebelum saya memohon untuk ke Kfar Bara, orang di sekeliling saya tahu bagaimana saya cintakan pendidikan dan saya selalu membaca buku.
“Ada yang beritahu saya tentang sijil Kfar Bara dan tanya kalau saya mahu menyertainya. Saya kata di mana sahaja ada ilmu, saya pasti akan pergi,” katanya seperti petik Reuters.
Kini selepas tamat pengajian ijazah, jihad tetap tidak mahu berdiam diri dia yang tidak lokek dengan ilmu yang diraih, kini mengajar wanita-wanita lain dalam masyarakatnya.
Semoga kesungguhan Jihad dalam mengejar ilmu dalam usia senja dijadikan inspirasi terutama orang muda yang gagah dan perkasa untuk terus menimba ilmu walaupun dalam jua rintangan. - KitaReporters
Tentera Israel membuat kawalan ketat menyebabkan penduduk sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.