Insan & Komuniti 21 Feb, 2021

Program Bayu Kasih 2021! Terengganu kirim 50,000 pelitup muka,10,000 naskhah al-Quran ke Sabah

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Sebahagian pelitup muka dan naskhah al-Quran sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu kepada Kerajaan Sabah yang akan dibawa oleh KD Mahawangsa yang akan berlepas ke Sabah pada 26 Februari 2020


Walaupun dipisahkan dengan Laut Cina Selatan, namun ia bukan batas sempadan untuk saling membantu malah ikatan persaudaraan tetap terjalin demi rakyat dan negara.

Begitulah rasa simpati Kerajaan Terengganu terhadap rakyat Sabah yang turut terkesan dengan penularan pandemik COVID-19 dengan kes yang masih belum reda di negeri tersebut.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan al-Quran

https://kitareporters.com/search?search=al-Quran


Kapal milik TLDM KD Mahawangsa yang akan membawa pelitup muka dan naskhah al-Quran ke Sabah


Atas semangat setia kawan Urus Setia Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu Sejahtera (UBSNT) menghantar sebanyak 50,000 pelitup muka dan 10,000 naskhah al-Quran ke Sabah dalam usaha membantu negeri tersebut menghadapi penularan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Program Bayu Kasih 2021 itu adalah kerjasama UBSNT bersama Iman Care sebagai penaja utama akan menyerahkan sumbangan tersebut kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan beberapa NGO terlibat di sana untuk diagihkan.


Wan Sukairi Wan Abdullah


Katanya,  barangan tersebut akan dihantar dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan menggunakan KD Mahawangsa, yang mana rombongan ini akan bergerak ke Kota Bharu mengambil baki barangan yang bakal dibawa dan seterusnya ke Lumut untuk dinaikkan ke kapal yang terus ke Sabah.

Wan Sukairi  bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha yang dilakukan oleh NGO terbabit.

“Mudah-mudahan segala seumbangan ini akan memberikan kelegaan dan membantu sedikit sebanyak situasi di sana yang kita sedia maklum menghadapi situasi yang agak luar biasa selain amat memerlukan keperluan ini," katanya.



Dalam perkembangan lain, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya turut menyediakan keropok lekor untuk diagihihkan kepada  262 anak Kapal Diraja (KD) Mahawangsa ketika pelayaran ke Sabah yang dijadualkan pada 26 Februari ini. 

“Semoga perjalanan dan segala urusan penyampaian bantuan di bawah Program Bayu Kasih 2021 berjalan dengan lancar.” Katanya menerusi hantaran Facebook miliknya. - KitaReporters


1
1
0
0
1
You will be interested