Insan & Komuniti 11 Jul, 2021

Video| Wanita antijarum tarik pelitup muka sampai mata! Ajak petugas untuk selawat bersamanya!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

PEMBERIAN vaksin secara pandu lalu kini dilihat sangat praktikal selain mempercepatkan program imunisasinya ke arah mencapai imuniti kelompok. - Kredit Foto : Astro Awani


PEMBERIAN vaksin secara pandu lalu kini diperluaskan di seluruh negara terutama bagi suntikan kedua namun ada juga kes melibatkan suntikan pertama dijalankan menggunakan kaedah berkenaan. 

Pemberian vaksin secara pandu lalu itu bukan sahaja menjimatkan masa tetapi dilihat sangat praktikal terutama bagi individu yang antijarum.

Terbaharu tular dalam media sosial seorang wanita separuh abad yang ingin mendapatkan suntikan melalui pandu lalu itu berdepan momen kelakar apabila berada dalam kekalutan dan penuh debaran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan suntikan vaksin


Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok @Noraris kelihatan wanita yang berada di bahagian pemandu kenderaan itu tidak senang duduk apabila tiba gilirannya sebelum memeluk rakan di sebelahnya.

Lucunya kerana terlalu takutkan jarum, wanita itu sanggup meletakkan pelitup muka yang sepatutnya digunakan pada mulut dan hidung dinaikkan sehingga menutup bahagian matanya.

Ketika sampai sahaja di hadapan petugas kesihatan yang melakukan prosedur suntikan wanita itu terus berselawat dan beristighfar.

Walaupun ditenangkan petugas kesihatan wanita berkenaan tetapi dia kelihatan takut sambil mengalun ayat-ayat suci bagi memberi semangat kepada dirinya sendiri.




Lebih mencuitkan hati ketika petugas meminta dia menaikkan lengan baju bagi memudahkan suntikan, dia terus meminta petugas itu bersama dengan membaca selawat.

Namun petugas berkenaan menyatakan belum lagi disuntik dan meminta dia membuka mata.

“Belum lagi… Pegang tangan orang sebelah itu kalau takut,” kata petugas kesihatan berkenaan sambil menunggu rakan setugasnya menyediakan prosedur berkenaan.

Sebaik sahaja petugas itu bersedia memberi suntikan, wanita berkenaan sempat memberi amaran supaya melakukan suntikan dengan perlahan sambil meminta semua petugas berkenaan bersama-sama dengannya membaca selawat.

Bagi tidak mengeruhkan keadaan ketiga petugas itu mengikut sahaja ‘arahan’ wanita berkenaan bagi memudahkan tugasnya.



Namun ketika prosedur dilakukan dia terus membawa selawat tanpa menyedari petugas telah selamat membuat suntikan.

Kan ...tak rasa sakit pun! Gelabah je lebih.

Menjengah dalam ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat wanita berkenaan yang terlalu takut dengan jarum.

Meskipun lucu dengan gelagat wanita berkenaan namun bersyukur semua berjalan lancar dan selamat. -KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested