Insan & Komuniti 19 Dec, 2020

Video wanita awet muda tular! Ibu disangka kekasih pemuda!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SEORANG pemuda berusia 18 tahun memuatnaikkan aksi mesranya dengan seorang wanita yang kelihatan sedikit tua daripadanya dalam IG dan Tik Tok membuat ramai yang menonton video itu menganggap pemuda ini sedang hangat bercinta dengan wanita yang lebih tua daripadanya. : KitaReporters


Kemesraan Joe dan emaknya menjadikan ramai yang salah anggap bahawa mereka pasangan kekasih. - Kredit foto: IG _generaljoe.


Lagi kisah-kisah berkaitan awet muda:

https://kitareporters.com/search?search=awet+muda


Tik Tok  akaun @_generaljoe milik Muhammad Haikal Danial Mohd Edie atau mesra disapa Joe ini menjadi tontonan umum dan tular setelah Joe memuat naik video tersebut.

Ramai mengganggap dia beraksi mesra dengan kekasihnya yang merupakan ‘makcik’ yang awet muda. 

Memetik laporan Wolipop, Joe berkata dia membuat video itu bersama ibunya yang dipanggil ‘Umi’ secara kebetulan tidak menyangka ia menjadi tular. 



Aksi Joe dan emaknya dalam Tik Tok yang menjadi tular.


"Saya ada akaun TikTok sudah hampir empat bulan, tetapi tidak pernah ada Umi di dalamnya. Minggu lalu ketika  saya saya merakam video, tiba-tiba Umi muncul dari belakang secara tidak sengaja. Saya langsung tarik Umi untuk berjoget dan Umi mengikut gerakan saya," kata Joe.

Remaja  berusia 18 tahun itu mengaku, sejak kemunculan emaknya, videonya terus viral dan mendapat pelbagai tanggapan daripada netizan. Video itu sudah ditonton lebih dari sejuta kali dalam waktu kurang dari 24 jam dalam TikTok.

"Mulanya mereka menyangka bahawa ibu saya ini adalah kekasihlah, kakaklah sampai ada yang kata ibu tiri. Ini kerana kami terlihat seperti sebaya dan Umi terlihat lebih muda. 

"Followers saya kemudian meminta Umi untuk muncul lagi dalam video. Sejak seminggu yang lalu, lebih daripada 10 video TikTok saya dengan umi," katanya dengan panjang lebar.


Joe memberikan hadiah kepada emaknya sebagai ucapan terima kasih kerana melahir dan membesarkannya.


Remaja yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Manjung, Perak ini merupakan anak sulung dari empat beradik. Dia mengaku bertuah dapat mengajak emaknya ikut bermain TikTok.

"Orang lain biasanya membahagikan video keakraban bersama dengan teman dan kekasih. Tapi tidak banyak yang mahu mengajak keluarga seperti emak atau bapa yang ada di rumah. 

"Saya merasa beruntung, kerana Umi mahu mengikuti permintaan saya," kata remaja yang mempunyai pengikut lebih daripada  256,000 dalam Instagramnya sehingga pagi, Sabtu, 19 Disember 2020.

Sementara itu, menurut emak Joe, Musalmah Derasa, bukan hanya dalam media sosial dia dianggap seumur dengan anaknya.

Ketika di luar rumah dia juga sering dianggap  seperti adik-beradik dengan anak lelakinya itu. 

Musalmah yang merupakan suri rumah tangga dan isteri kepada anggota tentera itu pun merasa terkejut ketika videonya tular.


Joe akan memperbanyakkan aksi video bersama ibunya

"Sebelumnya saya cuma mempunyai kira-kira 2,000  pengikut dalam Instagram. Dan setelah viral, ada lebih daripada 20.000 pengikut kurang daripada seminggu dalam Instagram saya. 

"Saya banyak terima pertanyaan melalui DM, tentang berapa umur saya dan rahsia awet muda," kata  Musalmah.

Tambah Musalmah, bahkan ada yang meminta untuk menjadi menantunya melalui DM dalam Instagram. Sampai ada juga yang meninggalkan nombor telefon.


Joe bersama kedua-dua ibu bapanya


Mengenai ‘putera’nya yang aktif bermain dalam media sosial, Musalmah mengatakan dia tidak menentang. Bahkan, dia selalu menyampaikan pesanan kepada Joe agar tidak berlebihan dalam membuat video. - KitaReporters




0
6
2
0
1
You will be interested