BAGI sebilangan masyarakat, terkena jangkitan Covid-19 sesuatu yang amat menakutkan dan menuju ke ambang kematian. Ini kerana mereka tidak mendapat pengetahuan sebenar mengenai Covid-19. Namun, jangan lakukan perkara bodoh seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki Mexico yang mengambil keputusan membunuh diri setelah ujian swab (calitan) kali pertama mendapati dia positif. : KitaReporters
Seorang lelaki melakukan ujian swab (calitan) bagi mengetahui sama ada dijangkiti oleh virus Covid-19. - Kredit Foto: Geety Images
Lagi cerita-ceriat menarik berkaitan COVID-19:
https://kitareporters.com/coronavirus
Dipetik daripada laporan Daily Star, lelaki bernama Mario Alberto berusia 29 tahun ini dimasukan ke sebuah hospital di Monclova oleh majikannya kurang sihat.
Kerana mempunyai beberapa gejala penyakit yang mencurigakan, doktor mengarahkan dia menjalani ujian swab kali kedua.
Mengetahui dirinya perlu menjalani ujian swab kali kedua, membuat dia berasa stres dan yakin ujiannya tetap positif.
Ujian Swap perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali untuk keputusan tepat.
Setelah kira-kira 20 minit, Mario tidak kembali ke katilnya yang sudah tidak bercadar, seorang jururawat mencarinya hingga ke tandas.
Jururawat itu terkejut melihat tubuh Mario tergantung dengan lehernya dijerut dengan cadar hospital.
Beberapa jam selepas kematiannya, hasil ujian swab mendapati hasilnya negatif.
Sayangnya Mario sudah tidak bernyawa ketika keputusan ujian terbaharu swab diumumkan.
Mexico adalah antara di Amerika Latin yang mempuyai kes Covid-19 terbanyak. Terdapat kira-kira 1.4 juta kes dengan lebih 124,897 kematian direkodkan. - KitaReporters