Kisah Insan 04 May, 2020

Selamat buka puasa dengan kueh-kueh baju saya - Ismail Sabri

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TERDAPAT dua tokoh paling popular dalam kalangan masyarakat ketika wabak Covid-19 sedang melanda di negara ini. Kedua-duanya ialah Menteri Kanan (Keselamatan dan Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 60, dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah, 57. : KitaReporters


Kedua-duanya muncul setiap hari dalam siaran langsung TV menyampaikan sidang akhbar. 

Tiada hari cuti bagi kedua-dua tokoh ini!!

Kedua-duanya tokoh berwibawa ini berperanan penting dalam mengekang virus covid-19 di negara ini. Namun ada perbezaan antara kedua-dua tokoh ini. 

Noor Hisham berpakaian kemas dengan kot dan bertali leher menyampaikan sidang media.

Sementara bagi Ismail Sabri pula, beliau lebih suka berpakaian batik yang berbeza coraknya setiap hari bagi mempromosikan batik Malaysia.

Langkah Ismail Sabri berpakaian batik ini menarik perhatian orang ramai yang menyaksikan siaran langsung yang diberinya setiap hari.

Malah dia pernah menerima pujian pakaian batiknya yang cantik daripada seorang wartawan sebelum mengemukakan pertanyaan mengenai Covid-19.

Dan kini pakaian batik Ismail Sabri ditularkan dengan jenis-jenis juadah makanan dan minuman untuk berbuka puasa.


Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, Pahang ini tidak marah pakaiannya ditular disamakan dengan kuih  dan minuman untuk berbuka puasa.

Sebaliknya dia gembira dengan keadaan itu.

โ€œHehe creative betul warga net.. baju saya dh jadi kueh mueh..saya ingat saya jadi model batik msia je..rupa2nya jadi model kueh & ice cream plk...hehe terima kasih warga net krn menghiburkan bukan shj saya tapi seluruh rakyat msia. Selamat berbuka puasa dgn kueh2 baju saya ya..๐Ÿ˜„โ€ katanya dalam posting dalam Twitter dan Instagramnya ismailsabri60. - KitaReporters

You will be interested

Video| Mula-mula sangka 2, 3! Kemudian jangka 7! Apabila bersalin keluar 9 anak! Rekod dunia!

Halima Cisse, rakyat Mali, percaya dia mengandung 2 atau 3 orang. Apabila doktor buat pemeriksaan, dia hamil 7 orang. Apabila bersalin, lahirkan anak kembar 9

Program Agihan Sumbangan Ramadan KRT Kasturisari! Bantu 28 keluarga rai Aidilfitri dalam PKP!

KRT Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor bantu 28 keluarga dalam komuniti yang terkesan kerana PKP untuk terima bantuan barangan keperluan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 1 hour ago

Kausar Kasih gembirakan hati warga emas! Kausar Wealth hulurkan sumbangan sempena Aidilfitri!

30 perunding pewarisan harta Islam dari Kausar Wealth Management kongsi rezeki dengan warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan Pusat Jagaan Nur Hasanah
Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 hours ago

Video| Mutoharoh lontar wang kertas berjumlah Rp100j dari balkoni! Duit raya untuk para pekerja

Mutoharoh, usahawan beg tangan wanita, lontar duit kertas berjumlah Rp100 juta dari balkoni banglonya di Pakis, Malang sebagai bonus hari raya bagi pekerjanya
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 11 hours ago

Tolong kami! Bantu Iszham! Doktor sahkan mungkin lumpuh selamanya! Rayu simpati dan sumbangan!

Mohamad Iszham Mohamad Ismail, 25, terlantar tanpa boleh bergerak sepenuhnya akibat patah saraf tunjang kerana terjatuh sewaktu di rumah sewanya di Nibung Tebal
Isa Ramli in Kisah Insan 22 hours ago