Insan & Komuniti 14 Nov, 2020

Sebab pulang menangis! Baru tahu gadis bisu, pekak dirogol!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

KERANA pulang dalam keadaan sedih dan menangis, keluarga seorang gadis yang pekak dan bisu menaruh rasa kebimbangan dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku. Selepas bercakap dengan gadis 23 tahun itu melalui bahasa isyaratnya yang dapat difahami, barulah mereka tahu remaja orang kurang upaya (OKU) itu telah dirogol.  : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan jenayah rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


``Mangsa rogol itu pekak dan bisu dan sememangnya tidak boleh bercakap kecuali menerusi bahasa isyarat serta menangis sahaja yang mampu dilakukannya.

``Kalau tidak kerana wajah kesedihan mangsa sudah tentu keluarganya sehingga sekarang tidak dapat mengetahui bahawa dia telah dirogol oleh dua lelaki Myanmar yang berkerja sebagai buruh kasar di sebuah bangunan,’’ kata seorang ahli keluarga gadis terbabit berusia 40-an yang tinggal di Pekan Ajil, Hulu Terengganu ketika ditemui pada hari ini, Sabtu, 14 November 2020.


KELUARGA gadis pekak serta bisu membuat laporan di Balai Polis Pekan Ajil, Hulu Terengganu pada 12 November 2020 selepas kejadian rogol yang dipercayai membabitkan dua lelaki Warga Myanmar. - Kredit foto: Google Map


Beliau berkata, keluarga gadis berkenaan menyedari mangsa dipercayai telah dirogol oleh dua lelaki warga asing selepas  pulang ke rumahnya dalam keadaan menangis sambil  berlinang air mata. 

Menurutnya, selepas kejadian yang berlaku di sebuah rumah kongsi suspek sekitar pukul 8 malam pada Rabu, 11 November 2020 gadis malang itu pulang ke rumah memberitahu keluarganya melalui bahasa isyaratnya yang dapat difahami keluarga mereka. 

``Itu pun setelah beberapa kali ditanya oleh keluarganya barulah mangsa beritahu dan entah macam mana dia boleh pergi ke rumah kongsi suspek terbabit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa. 

``Ini  kerana kebiasaannya mangsa selalu berada di rumahnya dan pada petang itu, kemungkinan juga kedua-dua suspek memperdayakan pelbagai cara untuk memikat hati mangsa sebelum kejadian rogol berlaku,’’ katanya lagi.


 

MOHD ADLI MAT DAUD


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika mengesahkan kejadian berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu mangsa dipujuk oleh suspek ketika mangsa berada di ruang dapur rumahnya.

Beliau berkata, kedua lelaki Myanmar berusia 20-an tahun dan 30-an tahun itu sudah ditahan oleh polis selepas keluarga gadis Orang Kurang Upaya (OKU) itu membuat laporan di Balai Polis Pekan Ajil, Hulu Terengganu pada Khamis, 12 November 2020. 

``Kedua-dua suspek terbabit di tahan di dua lokasi berasingan sekitar Kampung Pekan Ajil dan mereka telah pun direman selama tujuh hari sehingga 19 November 2020. 

``Gadis OKU itu  disyaki mengikut kedua-dua suspek pergi ke rumah kongsi selepas  terperdaya dengan suspek terbabit dan sebaik sahaja mangsa sampai di situ mereka mengheret mangsa ke dalam rumah kongsi itu, ‘’ kata Mohd Adli kepada media, semalam, Jumaat,  13 November, 2020. 

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - KitaReporters

0
0
0
1
8
You will be interested