Insan & Komuniti 11 Mar, 2021

Bayi baru 9 hari lahir hidup daif! Bapa pula ditahan di penjara! Ustaz Ebit Lew datang bantu!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this


SUDAH jatuh tangga ditimpa tangga apabila seorang wanita dan juga ibu kepada tiga orang anak mengalami tekanan perasaan atau stres apabila bayi yang baru sembilan hari dilahirkan tanpa suami di sisinya.

Ibu bayi (nama dirahsiakan) bernasib malang itu berterusan menangis mengenangkan keadaan dirinya yang berseorangan menghadapi pelbagai masalah kehidupan termasuk bayaran sewa rumah yang tertunggak dua bulan dan tiada mempunyai pendapatan setelah suaminya meringkuk di dalam penjara sejak Oktober 2020 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ebit Lew:

https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew




Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang, maka dikirimkan seorang hamba dan insan berhati mulia yang prihatin terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain iaitu pendakwah bebas yang tidak asing lagi, Ustaz Ebit Liew datang berkunjung ke rumah keluarga itu pada 9 Mac 2021 di Ipoh, Perak. 

Ebit ketika berada di rumah wanita itu, mendapati bayi yang tiada mempunyai baju yang sempurna, tidak berstoking dan berbedung.


Ebit Liew mengazan dan mengiqamahkan bayi yang berusia sembilan hari di rumah seorang wanita di Ipoh, Perak. - Kredit foto: FB Ebit Liew


“Seorang wanita baru bersalin anak umur sembilan hari. Suami dalam penjara.

“Sejak bulan Oktober suami ditahan. Wanita ini sangat stress dan asyik menangis.”

“Anak tiga orang. Rumah dah dua bulan tak bayar,” tulis Ebit dalam Instagram.

Ebit bertambah sayu apabila wanita itu memintanya mengazankan dan mengiqamahkan bayi tersebut.Kasihan melihat bayi comel yang lahir ke dunia tanpa seorang bapa di sisinya.

“Berat sungguh ujian buat wanita ini dan anak-anaknya. Tak tahan tengok keadaan mereka,” katanya.



Terkesan melihat kesukaran serta penderitaan keluarga wanita itu, Ebit turut menyediakan beberapa barangan keperluan dapur seperti beras, gula,susu dan lain-lain termasuk memberikan sedikit wang tunai sebagai perbelanjaan harian dan juga akan membayar setiap bulan sewa rumah tersebut.

Anak-anak wanita itu dibelikan beberapa alat-alat permainan kanak-kanak agar mereka hidup ceria seperti kanak-kanak yang lain.

Beliau juga berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pusat zakat, dan masyarakat tempatan yang membantu keluarga tersebut. - KitaReporters




Sumber:

https://youtu.be/4dz48Rwt6po 

https://www.instagram.com/p/CMM_-tXlVBI/

2
1
8
0
0
You will be interested