Insan & Komuniti 22 Mar, 2021

Keistimewaan Muhammad Sahril! Pancing: Ilmu apa dia pakai? Letak saja pasti dapat ikan, udang!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this


SEPERTI tidak percaya, tapi ia benar-benar berlaku ke atas seorang pemuda yang tidak pernah kecewa mendaratkan hasil yang cukup lumayan setiap kali memancing.

Diceritakan terdapat seorang lelaki yang kerap memancing di Sungai Perak di Daerah Teluk Intan, Perak yang sering mendapat hasil tangkapan besar dan menggeramkan orang ramai melihatnya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan memancing:

https://kitareporters.com/search?search=memancing



Menurut laporan sebuah portal bernama Sepatah Dua, lelaki tersebut berketurunan Melayu dan bernama Muhammad Sahril Mustafa.

Beliau merupakan seorang pengusaha industri pelancongan negeri Perak yang mengusahakan khidmat cruise menyusuri Sungai Perak di Teluk Intan melalui perkhidmatan River Cruise Teluk Intan.

Mungkin kerana hidup beliau banyak dihabiskan di  air sungai, maka Tuhan telah menganugerahkannya suatu keistimewaan yang amat diharapkan oleh orang lain, terutama kaki pancing.

Bukan sahaja di tengah sungai, beliau kadang-kadang hanya memancing di tepian sungai secara santai di kawasan bot river cruise berlabuh, itu pun membawa tuah kepada dirinya selepas memperoleh berkilo-kilo udang galah Sungai Perak.



Selain menyediakan khidmat river cruise, beliau juga menyediakan perkhidmatan sewaan bot untuk para pemancing merasai pengalaman menarik ikan di lubuk-lubuk ikan sekitar Teluk Intan.

Menurut portal tersebut, sekiranya para pelancong atau pemancing pergi bersama Muhammad Sahril, mungkin ada harapan untuk pulang dengan tangan dipenuhi hasil tangkapan. Ia bagaikan 'tuah' yang turut serta bersama ketika aktiviti memancing dijalankan.



Bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman penuh epik ini, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut pakej menyewa bot untuk memancing dalam Facebook 'Muhammad Sahril' dan 'River Cruise Teluk Intan'.

Paling menakjubkan ialah pada waktu petang untuk anda melihat fenomena Burung Bangau Bali yang terbang dalam formasi tertentu yang amat cantik selain menikmati suasana matahari terbenam di sana.


Antara pelancong tempatan yang menggunakan khidmat river cruise menyusuri Sungai Perak yang turut disediakan oleh Muhammad Sahril. (Perhatian: Gambar diambil sebelum PKP berkuat kuasa).


Berbalik kepada kehebatan yang dimiliki Muhammad Sahril ketika memancing, antara tangkapan yang sering beliau dapat setiap kali melabuhkan jorannya ialah seperti udang galah Sungai Perak, ikan patin dan kadangkala ada spesis-spesis ikan lain seperti talapia merah.

Hantaran beliau dalam Facebook Muhammad Sahril sentiasa membuat para pemancing geram apabila melihat hasil tangkapannya bersusun-susun di dalam bot atau di jeti selepas memancing kira-kira dua hingga tiga jam. 

Yang pasti Muhammad Sahril pasti mempunyai rahsianya yang tersendiri sehingga beliau mampu mendaratkan begitu banyak hasil-hasil sungai yang menjadi igauan peminat makanan berasaskan air sungai dan laut. - KitaReporter 



Semua gambar daripada portal Sepatah Dua.

2
1
0
0
0
You will be interested