Insan & Komuniti 11 Apr, 2021

Berita Terkini| Ramadan: Tiada program buka puasa, sahur! Di masjid, surau seluruh Terengganu!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

LARANGAN itu dikuatkuasakan dalam usaha membendung penularan Covid-19 yang melanda negara sejak tahun 2020 lalu. - Kredit Foto: Facebook Masjid Hadhari Jerteh.


TIADA program berbuka puasa, moreh dan juga bersahur dibenarkan di semua masjid serta surau negeri Terengganu sepanjang Ramadan tahun 2021 ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mat Azmi Arshad berkata, larangan berkenaan dibuat bagi membantu kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19.

“Jemaah hanya dibenarkan berbuka puasa, moreh serta bersahur dengan makanan berbungkus dan tidak membabitkan jumlah yang ramai.

"Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang Ramadan termasuk majlis berbuka puasa telah diedarkan kepada semua jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri ini,” katanya di Kuala Terengganu seperti yang dipetik oleh Harian Metro, pada 11 April 2021.


Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mat Azmi Arshad. - Kredit foto: Sinar Harian.


Mat Azmi menambah, menjadi kelaziman bagi umat Islam di negeri ini mengadakan majlis berbuka puasa secara beramai-ramai membabitkan penduduk kampung. 

Mereka akan mengadakan gotong-royong menyediakan masakan untuk berbuka puasa, namun aktiviti itu dilarang berikutan penularan pandemik Covid-19, di seluruh negara sejak Mac 2020 lalu. - KitaReporters


 

0
0
1
0
0
You will be interested