Kisah Insan 18 Apr, 2021

Video| Tertarik dengan cara iklan cari kerja! Lelaki bermotosikal terus ditemu duga tepi jalan!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Kerana tertarik dengan cara paparan dan ayat iklan pencari kerja, Alex (kiri) berhenti joging dan menghampiri lelaki sedang berehat di atas motosikal di tepi jalan itu sambil membaca ayat tertulis di iklan berkenaan. - Kredit foto: Video TikTok @ msurya9673.


UNTUK mendapatkan kerja sekarang agak susah dan perlu bersaing dengan ramai orang. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi masih gawat berikutan pandemik COVID-19 yang berterusan dan nampaknya memasuki gelombang keempat.

Disebabkan keadaan ini berbagai-bagai cara cuba dilakukan oleh mereka yang berjuang mencari pekerjaan sesuai. Malahan ada antara mereka melakukan cara luar biasa dan kreatif berbanding orang lain agar mampu menarik perhatian pihak-pihak yang menawarkan peluang kerja.

Sekalipun keletihan kerana terpaksa pergi ke sana ke mari untuk mengetahui ada peluang kerja sesuai atau sebaliknya, usaha perlu diteruskan sehingga berjaya semata-mata untuk membahagiakan anak isteri di rumah selain menyara diri sendiri jika belum berkeluarga.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pekerjaan

Dua bahagian tangkap layar yang terdapat dalam video tular berkenaan antara Alex bersama lelaki pencari kerja yang berehat keletihan di atas motosikalnya di tepi jalan.


Di negara jiran tetangga, Indonesia, seorang lelaki tidak mempunyai pekerjaan mungkin kerana terpaksa diberhentikan atau faktor lainnya melakukan cara berlainan bagi tujuan mencari kerja.

Kaedah yang dilakukannya dengan membuat iklan "Perlukan!!! Apa Sahaja Kerja" (Butuh!!! Pekerjaan Apa Saja) menggunakan kertas tebal (kertas kotak) yang digantung pada bahagian belakang badan apabila dia menunggang motosikal mencari pekerjaan.

Tujuannya dengan harapan orang ramai terutama majikan atau pemilik syarikat yang memerlukan pekerja tertarik bila melihatnya.



Video mengenai cara lelaki berkenaan mengiklankan dirinya yang memerlukan apa sahaja pekerjaan sesuai dengan menggantung sekeping kertas tebal tertulis perkataan berkenaan menjadi tular dalam media sosial negara berkenaan.

Paparan video itu dimuat naik melalui aplikasi TikTok yang menggunakan nama akaun @msurya9673 melihatkan seorang penunggang motosikal membawa iklan terpampang perkataan memerlukan pekerjaan dengan mengantung pada belakang badannya semasa menunggang motosikal, lapor media berita Suara.Com pada Khamis 15 April 2021, dalam keadaan keletihan kerana cuaca panas sambil berehat di tepi jalan setelah berusaha ke sana ke mari mencari peluang kerja.   

Semasa penunggang motosikal berehat di atas motosikalnya tiba-tiba datang seorang lelaki bernama Alex berpakaian seluar pendek hitam dan baju-T warna sedikit kelam menghampirinya kerana tertarik melihat iklan yang tergantung di belakangnya. Dia ditemani dua orang anaknya yang sama berjoging di laluan pinggir jalan di kawasan berkenaan.

"Kata-kata iklan yang tertulis pada kotak keras itu menarik perhatian dan membuat saya berhenti joging sebentar untuk menemu ramahnya," tulis Alex pada keterangan video tersebut.

Dalam naratif video itu dia juga menyebut bahawa penunggang motosikal tersebut diminta datang ke pejabatnya pada esok hari untuk temu duga selanjutnya mengenai pekerjaan.


Alex menghampiri penunggang motosikal yang sedang berehat kerana letih kepanasan ke sana ke mari mencari peluang kerja.


Menurutnya, kebetulan dua orang anaknya yang sama berjoging turut berada di lokasi dan ketika itu dia mengambil kesempatan menggunakan peluang mengajar mereka supaya mengambil peduli membantu orang lain yang memerlukan.

Itulah rezeki penunggang motosikal yang masih tercari-cari peluang pekerjaan ketika berehat keletihan di tepi sebatang jalan laluan utama sambil sedang berfikir hendak ke mana tujuan selepas itu. Tiba-tiba ada peluang menjelma. Semoga setelah menjalani temu duga dia akan memperolehi kerja yang sesuai.

Beberapa pengguna aplikasi TikTok memberikan komen positif mengenai perkara ini. Antaranya mereka mendoakan semoga Allah membalas kebaikan Alex. Diharapkan keikhlasannya bakal meraih limpahan ganjaran pahala untuk beliau dan keluarga. 

Hati anda sangat mulia membantu orang yang memerlukan pekerjaan. Allah menjanjikan ganjaran setimpal kepada siapa sahaja yang membuat kebaikan.

Alex juga pada video tersebut mencatatkan coretan antaranya: "Kawan saya tahu hari ini hari yang meletihkan kamu. Tapi ingat kawan, keletihan kamu itu menghidupkan keceriaan keluargamu di rumah. Ingat kamu jangan mudah putus asa, semoga keletihan itu mampu merubah nasibmu dan keluarga," ujarnya.


Sambil Alex berbincang dengan lelaki penunggang motosikal mengenai peluang kerja secara tidak langsung ia merupakan cara mengajar dua anaknya turut berada di lokasi mengenai perlunya setiap orang menyantuni individu lain terutama jika dia memerlukan pertolongan mahupun bantuan.


Alex menjeklaskan, kata-kata yang ditulis 'pak kardus' pada iklannya membuatkan dia datang menghampiri penunggang motosikal itu untuk terus berbincang dan temu duga mengenai peluang kerja.

Menurutnya, sanggup bertahan semasa pandemik COVID-19 merupakan suatu perjuangan hebat. Bagi para isteri hargailah pengorbanan suamimu yang kadang-kadang dia tidak mengenal erti letih agar kau dan anak-anak tetap tersenyum bahagia.

Beliau berharap penunggang motosikal itu datang ke pejabatnya pada keesokan harinya.

Menurut Alex melalui peristiwa ini juga suatu pengajaran agar anak-anak sentiasa menyantuni orang lain kerana dalam hidup harus dimanfaatkan bersama, lebih-lebih lagi bagi yang memerlukan.

Kepada mereka yang masih mempunyai kerja ketika ini dia berpesan agar menjaga kerjaya dengan baik dan jangan buruk-burukan tempat kerja yang disifatkannya sebagai sebuah kolam. Jangan meludah ke dalamnya jika air kolam tersebut masih kita minum.

Beliau juga mahu setiap pengurusan syarikat atau majikan harus bijak berfikir dan mengatur strategi supaya syarikat yang diterajui terus maju dan berjalan dengan baik. - KitaReporters


Sesi berbincang dan temu duga singkat antara Alex dan lelaki pencari kerja berlangsung di tepi jalan. Iklan yang menarik perhatian Alex tetap tergantung di bahagian belakang lelaki itu yang masih duduk di atas motosikalnya.

You will be interested

Video| Mula-mula sangka 2, 3! Kemudian jangka 7! Apabila bersalin keluar 9 anak! Rekod dunia!

Halima Cisse, rakyat Mali, percaya dia mengandung 2 atau 3 orang. Apabila doktor buat pemeriksaan, dia hamil 7 orang. Apabila bersalin, lahirkan anak kembar 9

Program Agihan Sumbangan Ramadan KRT Kasturisari! Bantu 28 keluarga rai Aidilfitri dalam PKP!

KRT Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor bantu 28 keluarga dalam komuniti yang terkesan kerana PKP untuk terima bantuan barangan keperluan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 1 hour ago

Kausar Kasih gembirakan hati warga emas! Kausar Wealth hulurkan sumbangan sempena Aidilfitri!

30 perunding pewarisan harta Islam dari Kausar Wealth Management kongsi rezeki dengan warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan Pusat Jagaan Nur Hasanah
Rosdi Ismail in Kisah Insan 1 hour ago

Video| Mutoharoh lontar wang kertas berjumlah Rp100j dari balkoni! Duit raya untuk para pekerja

Mutoharoh, usahawan beg tangan wanita, lontar duit kertas berjumlah Rp100 juta dari balkoni banglonya di Pakis, Malang sebagai bonus hari raya bagi pekerjanya
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 11 hours ago

Tolong kami! Bantu Iszham! Doktor sahkan mungkin lumpuh selamanya! Rayu simpati dan sumbangan!

Mohamad Iszham Mohamad Ismail, 25, terlantar tanpa boleh bergerak sepenuhnya akibat patah saraf tunjang kerana terjatuh sewaktu di rumah sewanya di Nibung Tebal
Isa Ramli in Kisah Insan 21 hours ago