TUJUANNYA murni sanggup ‘terbang’ jauh meninggalkan anak-anak dan suami demi membantu kerajaan, namun siapa sangka keikhlasan yang dihulurkan dilihat sebagai mengambil kesempatan pula oleh pihak yang lain. Lebih mengejutkan ada yang menganggap tindakan untuk bertugas di Sabah adalah semata-mata mahu mengejar wang ringgit sehingga tergamak meninggalkan keluarga sendiri. : KitaReporters
TIDAK sangka selepas 18 hari bertugas dirinya positif Covid-19. - Kredit foto: FB Sitinurjannah Abu Bakar.
Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:
https://kitareporters.com/coronavirus
Itulah berlaku kepada seorang jururawat dari Perak, Siti Nurjannah Abu Bakar yang menawarkan diri untuk berbakti kepada negara.
Kisah ibu kepada lima cahaya mata itu menjadi tular selepas perkongsian mengenai dirinya yang menawarkan diri untuk membantu rakan-rakan seperjuangan, tapi disangka mahu mengejar elaun yang tinggi.
NIAT ikhlas untuk berbakti kepada negara disalah sangka pula kerana disangka mahu mengejar elaun yang tinggi.
“Meninggalkan lima anak
dan suami untuk berbakti pada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah mana
mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk
berseronok.
"Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku BODOH sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai RED ZONE, ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak paham maksudnya… tapi aku tak kisah.
PENGUBAT rindu di kejauhan... suami sengaja meletakkan gambar pada zaman muda sebagai penawar rindu.
“Bagi aku tujuan aku
pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan
seperjuanganku yg lain selain dapat menimba pengalaman di tempat orang… ye la nak
jadi askar pegang senapang aku tak layak jadi ini sajalah bakti aku pada negara
melawan musuh yang tak nampak pada mata...,” kongsinya dalam Facebook miliknya,
baru-baru ini.
Perkongsian berkenaan
menjadi tular dan dikongsi lebih 16,000 pengguna dan masing-masing memberikan
kata-kata semangat kepadanya.
PASUKAN barisan hadapan dari jabatan kesihatan Perak yang ikhlas berjuang untuk berbakti kepada negara.
Lebih mengecewakan
lagi selepas hampir tiga minggu bertugas di Sabah dirinya pula disahkan positif
COVID-19. Keadaan itu menyebabkan dirinya lagi tertekan selain menanggung rindu
kepada anak-anak dan suami di tanah air.
Allahu…kuatnya
ujianmu!
“Dan hari ini, setelah
18 hari aku di bumi Sabah.. .aku disahkan positif Covid-19.. Benda yang aku
paling tak jangka yang aku tak pernah mimpi yang aku takuti terjadi jua," tulis Siti Nurjannah.
Namun wanita kental itu tidak pernah menyesal dengan keputusan untuk berkhidmat kepada negara kerana tahu perancangan yang Esa lebih daripada segala-galanya.
DEMI negara... sanggup tinggal anak-anak dan suami semata-mata mahu berkhidmat kepada mereka yang memerlukan.
“Rasa down?
Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang
paling aku tak jangka, namun menyesal tidak sekali aku tau perancangan Allah
lebih baik, Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji
aku.
“Aku berdoa agar aku
cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku terima kasih pada keluarga,
rakan yang call dan wassup kata-kata semangat pada aku, sungguh sangat bererti
doa kalian pada aku.,” kongsinya lagi.
Semoga Siti Nurjannah terus kuat dan yakinlah bahawa setiap keringatmu untuk negara pasti berbalas… jika bukan di sini yakinlah ‘di sana’ pasti ada bahagianmu yang setia menunggu. : KitaReporters