Insan & Komuniti 01 Jan, 2022

Video| Guru dapat hadiah istimewa perkahwinan! Penyapu, periuk, baldi! Daripada anak-anak didik!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SEORANG murid membuat kejutan memberi hadiah bakul sempena majlis perkahwinan guru wanitanya di Pengadaran, Jawa Barat, baru-baru ini. - Kredit foto: Tribunnews.com


TUGASAN seorang guru sangat mulia di sisi anak muridnya dan sebagai mengenangkan jasa serta budi warga pendidik itu telah dibuat kejutan oleh anak-anak muridnya pada majlis pernikahan seorang guru muda di Pengadaran, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini.

Tular dalam media sosial, video pernikahan seorang guru wanita bernama Raudiatul Athfal yang dihadiri anak-anak didiknya di majlis perkahwinan guru kesayangan mereka secara mengejut.

Apa tidaknya kehadiran rombongan anak-anak muridnya membawa hadiah berupa peralatan rumah tangga seperti bakul, penyapu, periuk, baldi dan kuali untuk gurunya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hadiah


 

SEORANG murid (dua dari kanan) membawa periuk untuk dihadiahkan kepada Raudiatul Athfal pada majlis perkahwinan guru itu, baru-baru ini. - kredit foto : Tribunnews.com



Video yang dimuat naik oleh Deny Nugraha itu dalam media sosial, TikTok memaparkan aksi berpuluh-puluh anak murid Raudiatul memberi ucapan selamat pengantin baharu serta hadiah peralatan rumah termasuk dapur kepada gurunya.

Guru tersebut berpakaian pengantin bersama suaminya di pelamin menyambut kedatangan anak murid itu yang membawa pelbagai hadiah berupa peralatan rumah.


RAUDIATUL Athfal bersama suaminya sedang beramah mesra dengan murid-muridnya pada majlis persandingannya.


Memetik Tribunnews.Com pada 23 Disember 2021 lalu berkata Raudiatul mendapat hadiah berupa kejutan daripada pelajar -pelajarberkenaan sebagai ucapan terima kasih dan tanda sayang. Ada juga dalam kalangan mereka yang datang ke majlis pernikahan itu turut ditemani oleh ibu bapanya.



Sehingga kini lebih 400,000 penonton telah melihat video tersebut yang diviralkan itu dan disaksikan kira-kira 24,000 netizen.

‘’Pasti gurunya baik sama anak-anak murid jadi orang tua anak murid dengan senang hati hantar anaknya ke majlis itu,’’ tulis @Lovely Famili. 

"Heheee.. kreatif sangat tu anak-anak murid ye, hadiah yang sampaikan sangat mengejutkan kerana anak-anak murid yang datang bersama ibu mereka berserta para guru di sekolah itu membawa hadiah perabot rumah tangga,’’ kata @Marsya80. KitaReporters




GURU wanita dan suaminya bergambar kenangan bersama anak-anak muridnya di majlis persandingannya di Pengadaran, Jawa Barat. 

20
9
1
22
0
You will be interested