Insan & Komuniti 05 Sep, 2021

Misi bantuan mangsa banjir kepala air Gunung Jerai! Kelab Sahoca Bikers Legend serah sumbangan

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this



KELAB Permotoran Sahoca Bikers Legends telah meggerakkan misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Yan dan Merbok, Kedah baru-baru ini. 

Program ini adalah salah satu usaha dan initiatif Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca), Alor Setar, Kedah melalui kelab Sahoca Bikers Legend untuk membantu meringankan beban mangsa banjir kilat akibat tragedi fenomena kepala air di Yan, Kedah pada 18 Ogos 2021 yang lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sahoca



Menurut Presiden kelab, Ahmad Zahir Hamzah, melalui kempen Sahoca Bikers Ride Prihatin Yan, pihak kelab berjaya mengumpul dan mengedarkan bantuan seperti berikut: 180 pasang telekung wanita, 50 pasang telekung kanak-kanak, 100 kotak pek sarapan pagi, 60 pasang kain pelikat, 150 tudung wanita, 100 pasang pakaian wanita, 30 pasang sejadah serta barangan sampingan lain seperti air mineral, pisang segar dan lain-lain.

Sumbangan diterima daripada ahli-ahli kelab, sahabat-sahabat kelab ini serta pihak-pihak luar, jelasnya dalam satu kenyataan.




Misi penyerahan  ini telah dilakukan dalam  3 peringkat:

Hari Pertama (20hb Ogos 2021) meliputi Kampung Setol (Yan) dan Salak Danai (Yan), 

Hari Kedua (23hb Ogos 2021) meliputi Kampung Aceh (Yan), Kampung Ruat (Yan), Kampung Setoi (Yan) dan Kampung Jawa (Yan), serta,

Hari Ketiga (30hb Ogos 2021) meliputi Kampung Ruat (Yan), Kampung Tupah Baru (Merbok) dan Kampung Pengkalan Bujang (Sekolah Kebangsaan Haji Omar Tahir, Merbok).




Dengan slogan "Make Ride A Charity", kata Ahmad Zahir, misi bantuan banjir fenomena kepala air ini merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial (SR) Sahoca Bikers Legend dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tesebut. 

Meskipun, turut terkesan dengan pandemik Covid-19, ahli-ahli Sahoca Bikers Legend telah bersatu padu untuk menjayakan program ini. 

"Terima kasih kepada semua penyumbang dan penyokong Sahoca Bikers Legend yang turut membantu menjayakan  program ini," tambah Ahmad Zahir. 




Sebelum ini, Sahoca Bikers Legends telah menganjurkan pelbagai program CSR di dalam dan luar negeri Kedah sebagai sebahagian dari aktiviti CRS. 

Misi seumpama ini akan diteruskan oleh grup Ride Prihatin Sahoca Bikers pada masa hadapan bagi memenuhi tanggungjawab sosial ahli kelab kepada mereka yang memerlukan. 

Bagi yang memerlukan lebih banyak maklumat mengenai Kelab Permotoran Sahoca Bikers Legend, boleh berhubung dengan Ahmad Zahir Hamzah melalui telefon +6011 6971 5310. - KitaReporters



15
10
0
12
0
You will be interested