Insan & Komuniti 10 Sep, 2021

Video| Punyai bulu mata 8 inci! You Jianxia pecah rekod dunia sendiri! Bulu mata terus memanjang

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Mencipta dan memecahkan rekod sendiri adalah cabaran besar bagi You Jianxia. - Kredit foto: WOR

Seorang wanita China, You Jianxia, 54, memecahkan rekod sendiri dengan memiliki bulu mata sepanjang 8 inci (20.5 cm) dan terus memanjang. Catatan itu direkod kali terakhir pada 20 Mei 2021.

Guinness World Records (GWR) pertama kali mencatatkan You Jianxia yang lahir pada 1968 sebagai pemegang rekod dunia pada  28 Jun 2016.

Ketika itu, bulu matanya pada bahagian atas kelopak mata kirinya sepanjang 4.88 inci (12.4 cm) sahaja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rekod dunia

You Jianxia anggap memiliki bulu mata unik sebagai anugerah Tuhan. - Kredit foto: WOR



Jianxia menyedari bulu matanya tumbuh lebih panjang daripada biasa pada tahun 2015.

Lima tahun kemudian, bulu matanya terus memanjang dan ukuran panjang baharu iaitu 8.0 inci disahkan pada 20 Mei 2021 lalu.

Jianxia hairan bagaimana bulu matanya boleh terus tumbuh memandang tiada anggota keluarga dan keturunannya mempunyai keanehan itu.

Dia juga tidak mendapat penjelasan saintifik seperti gen daripada sejumlah pakar perubatan yang ditemuinya. Sebaliknya mereka kagum dengan keunikan bulu matanya.


....

You Jianxia menunjukkan sijil dunia GWR 2016. - Kredit foto: WOR

Namun kini dia mengganggap bulu mata unik yang dimilikinya itu sebagai memberi tuah kepadanya. Ia dianggap sebagai anugerah Tuhan.

Buktinya setakat ini, dia berjaya tinggal di gunung selama 480 hari.

Sementara itu, Guinness World Records dijangka melakukan ukuran pada tahun 2022.

You Jianxia terpaksa berhati-hati menjaga bulu matanya dengan menjaga pergerakan dan kegiatan sosialnya. 

Katanya mengekal dan mencipta rekod adalah sesuatu yang sukar. - KitaReporters


You Jianxiasentasa melihat setiap bulu matanya dengan teliti jika ada kelapangan. Kredit foto: WOR

12
13
0
15
0
You will be interested