Insan & Komuniti 17 May, 2021

45 minit untuk bomba keluarkan tangan kiri wanita! Tersepit di mesin pengisar keropok lekor

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan tangan kiri wanita itu yang tersepit di mesin pengisar keropok lekor pada 16 Mei 2021. - Kredit foto: JBDP


ANGGOTA bomba terpaksa mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan tangan kiri seorang wanita yang tersepit di mesin pengisar keropok lekor di Kampung Chedor, Kuantan, Pahang pada hari Ahad, 16 Mei 2021.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah hari, sebelum itu,  wanita terbabit berusia 20 tahun sebelum itu sedang memesin keropok. Namun secara tiba-tiba tangan kiri mangsa tersepit di mesin tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anggota bomba

Kredit Foto : JBDP 


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBDP) Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata berikutan dengan kejadian itu, Bomba dan Penyelamat Daerah Kemaman (Terengganu) dan Gebeng (Kuantan) terpaksa berkejar ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Setelah tiba di lokasi itu, anggota bomba mendapati tangan kiri wanita terbabit tersempit di mesin pengisar keropok.

``Anggota bomba mengambil masa selama kira-kira 45 minit untuk memotong mesin pengisar itu bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit itu hingga ke pergelangannya.

``Wanita terbabit dihantar ke Hospital Daerah Kemaman untuk mendapat rawatan selanjutnya akibat kecederaan parah pada tangannya,’’ katannya. - KitaReporters


ANGGOTA Bomba dari Kemaman dan Gebeng berusaha untuk menyelamatkan mangsa. - Kredit foto: JBDP 

3
3
20
0
3
You will be interested