Insan & Komuniti 22 Aug, 2022

Video| Diinspirasikan filem Bollywood! 7 menyamar jadi polis lakukan rompak! Tapi berjaya diberkas!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENGAMBIL inspirasi daripada filem Bollywood, Special 26, sekumpulan 7 perompak nekad melakukan perkara sama dengan menyamar menjadi polis sebelum melakukan aktiviti merompak di Mumbai, India.

Kesemua mereka terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dari Delhi, Haryana dan Madhya Pradesh itu menyamar sebagai pegawai polis sebelum merompak sebuah pusat kesihatan di Kompleks Netaji Subash Place, Mumbai baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jenayah rompakan

 




Malah persiapan dilakukan sebelum melakukan rompakan berkenaan termasuklah membuat tempahan kad kuasa polis Mumbai palsu yang digunakan dalam ‘operasi’ berkenaan.

Malah persiapan dilakukan sebelum melakukan rompakan berkenaan termasuklah membuat tempahan kad kuasa Polis Mumbai palsu yang digunakan dalam ‘operasi’ berkenaan.

Memetik laporan indianexpress.com, dalam kejadian 15 Ogos 2022 lalu, empat perompak berkenaan termasuk seorang wanita menyerbu ke sebuah pusat kecantikan di Kompleks Netaji Subash Place, India dengan menyamar sebagai pegawai polis.

Manakala tiga lagi suspek di luar premis kononnya sedang melakukan kawalan memastikan operasi di dalam berlangsung dengan ‘selamat’.

Mangsa yang berada di dalam premis itu telah diacukan dengan pistol dan mereka melarikan wang tunai serta beberapa barangan lain yang berjumlah RM39,000.

Namun tindakan bijak tersebut akhirnya terkantoi malah polis turut menemukan sebahagian wang tunai yang dirompak, telefon dan komputer riba bersama kad pengenalan palsu Polis Mumbai.



Timbalan Komisioner Polis Barat Laut, Usha Rangani berkata, siasatan terhadap rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) kemudian membawa kepada tangkapan kesemua suspek.

"Suspek yang ditahan ialah Prashant Kumar Patil, 29, dan berdasarkan soal siasat, dua suspek wanita dari Rohini, iaitu Jyoti, 30, dan Neha, 22 juga ditahan.

"Dua lagi suspek, Jahid Khan dan Sanjay Manocha, ditahan di Mewat, manakala baki dua lagi, Faisal dan Imran dicekup di Madhya Pradesh," katanya.

Lebih melucukan apabila suspek mendedahkan filem Bollywood ‘Special 26’ memberi idea kepada mereka untuk melakukan rompakan berkenaan. - KitaReporters


Kompleks Netaji Subash Place di Mumbai, India. - Kredit foto: settlersindia.com

18
15
0
9
0
You will be interested