Insan & Komuniti 04 Jul, 2025

Video| Ada jejambat bengkok! Kini jejambat selekoh 90 darjah! Nilai RM11j! Jurutera terlebih kreatif?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Orang ramai terkejut melihat sebuah jejambat yang dibina untuk mengurangkan kesesakan jalan dan memendekkan masa perjalanan antara Mahamai Ka Bagh, Pushpa Nagar dan kawasan stesen ke New Bhopal di negeri Madhya Pradesh, India.

Projek jejambat bernilai 200 juta rupee (kira-kira RM11 juta) itu memulakan pembinaan sejak 10 tahun lalu.

Jejambat sepanjang 648 meter itu pada asalnya dirancang untuk mengurangkan masa menunggu di lintasan kereta api dan memudahkan perjalanan hampir 300,000 penduduk setiap hari. 

Struktur jejambat yang ganjil menimbulkan kecaman masyarakat. - Kredit foto: ANI News

Namun, setakat ini ia hanya menimbulkan kontroversi dan menjadi contoh kegagalan projek infrastruktur.

Keadaan jejambat itu kelihatan pelik, lain daripada kebiasaannya. Lalu ia menjadi bahan kritikan masyarakat, selain meluahkan ketidakpuasan dalam media massa, mereka turut menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan ketidakpuasan mereka.

"Adakah juruteranya terlebih kreatif dalam membina jambatan pelik ini’, antara luahan para netizen.

Luahan masyarakat ini orang mendapat respons daripada Ketua Menteri Mohan Yadav.

Mohan Yadav


Mohan membatalkan acara perasmian jambatan itu. Sebaliknya mengambil tindakan segera dengan menggantung tujuh jurutera termasuk dua jurutera kanan yang terbabit dalam projek itu. 

Dia juga mengarahkan siasatan terhadap seorang jurutera kanan yang telah bersara kerana dipercayai terlibat dalam keputusan reka bentuk jambatan itu.

‘’Kedua-dua agensi pembinaan dan perunding reka bentuk telah disenaraihitamkan kerana menyerahkan reka bentuk jambatan yang cacat,” kata Yadav dalam kenyataan rasmi.

/


Sementara itu, menurut Ketua Jurutera projek, VD Verma, pasukannya tidak mempunyai banyak pilihan kerana kekangan ruang tanah dan kewujudan stesen metro yang terletak berhampiran kawasan pembinaan.

Bagaimanapun, alasan itu tidak dapat meredakan kebimbangan orang ramai yang mempersoalkan bagaimana reka bentuk berbahaya seperti itu boleh diluluskan tanpa penelitian lebih ketat.

Sebagai langkah penyelesaian, pihak berkuasa kini bercadang membeli tanah tambahan supaya laluan lebih selamat dapat dibina pada masa depan. - KitaReporters

8
19
0
14
0
You will be interested