Insan & Komuniti 28 Jun, 2025

Video| Perempuan tak pernah salah! Daun pandan pun tak kenal! Jadi bahan canda suami! Ramai terhibur!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Kalau anda perasan, sering kali kita melihat dalam media sosial seorang lelaki atau suami jadi bahan canda kerana tidak dapat mengenali dan membezakan beberapa jenis sayuran. Antaranya ialah halia dan lengkuas, daun sup dan daun ketumbar dan lain-lain lagi.

Oleh kerana golongan lelaki jarang ke dapur atau tidak mahir memasak kecuali tukang masak, mereka kurang mengenali bahan-bahan masakan tersebut. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang pelik atau luar biasa. 

Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka ada kelebihan tersendiri sesuai dengan kudrat dan peranan masing-masing.


Daun yang seakan-akan daun pandan.


Namun, perkongsian seorang lelaki dalam media sosial mengenai kekeliruan isterinya dalam memilih daun pandan menarik perhatian ramai. 

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut kerana tahu ia sekadar hiburan dan gurauan seorang suami. Malah video itu mendapat sebanyak 290.4 ribu jumlah tontonan.

Dalam video yang dikongsi, kelihatan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jai Rantau sedang berseloroh mengenai isterinya yang tersalah ambil daun pandan.



“Nak dengar cerita tak? Mak mentua aku suruh bini aku ambil daun pandan. Okay, nak tahu dia ambil apa? Ini betullah daun pandan sebab aku dah ambil. Tahu dia ambil apa (sambil tunjuk daun yang seakan-akan daun pandan). Ini daun apa (sambil masing-masing ketawa). Aku tak fahamlah. Aku ingat aku yang lelaki ni sahaja tak tahu, rupa-rupanya bini akupun tak tahu daun pandan yang mana satu,” ceritanya.



Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen berkongsi cerita yang lebih kurang sama. Masing-masing berlumba berkongsi pengalaman mereka. 

“Aku masa darjah tiga pernah salah ambil daun pandan dengan daun lalang. Sampailah ni umur dah nak dekat 30, mak aku masih ungkit cerita ni pada orang. Cerita yang mengaibkan aku, dia ingat pula,” kongsinya.

Menurut Jai ketika menjawab komen salah seorang netizen yang mengatakan daun pandan perlu dicari menggunakan deria bau, isterinya telah keliru kerana kedua-dua pokok tersebut terletak bersebelahan.  

“Tapi pokok ini dia duduk sebelah-belah bang. Dia jadi keliru. Boleh tengok bahagian dua baru faham,” terangnya. 



Dalam bahagian kedua video tersebut, Jai menunjukkan punca isterinya tersalah ambil daun pandan. 

Jelas dalam video yang dikongsi, kedua-dua daun tersebut terletak berdekatan dan daunnya hampir serupa. Jadi, tidak hairanlah kalau isterinya terkeliru.



Namun, seperti biasa perempuan tak pernah nak mengaku salah. Dalam video juga kedengaran suara isterinya dari belakang cuba mempertahan diri daripada mengaku salah.

“Suara latar belakang tu kedengaran tetap nak menang juga ek. Nak bagi tahu dia tak salah,” seloroh salah seorang netizen.



Sehingga kini, masih tidak diketahui apakah jenis daun yang tersalah ambil itu. Ada netizen yang meneka daun tersebut adalah daun lily atau tembaga suasa.

“Antara dua, tak pokok lily, pokok tembaga suasa. Maaf kalau salah,” teka netizen tersebut.

Tak kisahlah daun apapun, sekali sekala dapat bergurau ‘kasar’ dengan isteri apa salahnya. Takkan sepanjang masa merek nak menang. 

Sekali-sekala bagilah peluang suami pula yang menang. Barulah ceria rumah tangga. Tak gitu? - KitaReporters


14
11
0
16
0
You will be interested