Insan & Komuniti 31 May, 2025

Terima kasih Perkeso! Bukan sekadar potongan gaji! Penyambung nyawa, semangat hidup bekas pekerja!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:anakperlis65@gmail.com

Share this


Ketika ramai mengeluh dengan potongan gaji bulanan, bagi Mohd Che Hussin Che Rus, 63, potongan kecil itulah yang kini menjadi penyambung nyawa dan sumber kekuatan untuk terus menjalani kehidupan.

Bekas pengawal keselamatan dari Kampung Nyior Chabang ini tidak menyangka bahawa caruman yang dibuat semasa bekerja dahulu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjadi ‘penjaga setia’ ketika dia diuji dengan keilatan kekal.

“Saya jatuh sakit, tak mampu lagi bekerja macam dulu. Masa tu, saya mula sedar… caruman yang dulu saya anggap beban, rupa-rupanya penyelamat hidup saya hari ini,” ujarnya dengan suara sebak.


Mohd Che Hussin Che Rus.


Kini, Mohd Che Hussin bukan sahaja menerima bayaran pencen ilat bulanan, malah turut mendapat kerusi roda khas serta bayaran balik setiap kali menjalani rawatan dialisis di Hospital Langkawi. Setiap bantuan ini bukan sekadar angka – tetapi harapan baru buat dirinya meneruskan kehidupan dengan lebih bermaruah.

Skim Pencen Ilat PERKESO yang melindungi beliau merupakan satu bentuk perlindungan sosial 24 jam, yang memberi manfaat kepada pencarum yang disahkan kehilangan sekurang-kurangnya satu pertiga keupayaan fizikal berbanding pekerja biasa – tanpa mengira punca keilatan sama ada berkaitan pekerjaan atau tidak.


PERKESO sentiasa menawarkan pelbagai pelindungan kepada pencarumnya.


“Syukur sangat… saya masih ada pendapatan sendiri. Tak perlu terlalu bergantung pada anak-anak. Dapat beli ubat, belanja dapur, dan rawatan pun terbela,” katanya sambil menitipkan pesanan kepada generasi muda agar jangan ambil mudah soal mencarum kepada Perkeso.

Kisah Mohd Che Hussin adalah bukti hidup bahawa caruman PERKESO bukanlah potongan semata-mata — ia adalah pelaburan masa depan yang mampu menjadi ‘penjaga’ paling setia pada saat kita benar-benar memerlukan. - KitaReporters


KUNJUNGAN HORMAT PERKESO KE JPSM

Ramai yang telah menerima faedahnya.

13
8
0
12
0
You will be interested