Insan & Komuniti 06 Jun, 2025

Syabas Kelab Media Mutiara Pulau Pinang! Sambut usia sedekad! Juga sempena Hari Wartawan Nasional!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Antara pengamal media yang hadir memeriahkan sambutan Sedekad Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di Seberang Jaya pada 1 Jun 2025. 


Sambutan Sedekad Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di The Light Hotel, Seberang Jaya pada 1 Jun 2025 lalu meriah seiring dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) peringkat Pulau Pinang dengan kehadiran pengamal media daripada pelbagai agensi. Hawana disambut pada 29 Mei setiap tahun.

Sambutan Malam Kilauan Mutiara itu juga berjaya menghimpunkan sebahagian pengamal media termasuk bekas wartawan, jurufoto, jurukamera, penulis dan mereka yang terlibat dalam bidang kewartawanan peringkat negeri. 

Lebih menarik lagi apabila ia turut dihadiri Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow, ADUN serta pimpinan masyarakat negeri ini.


Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Yusof Latif (dua dari kanan) bersama ADUN Sungai Puyu, Phee Syn Tze (dua dari kiri) turut hadir meraikan pengamal media.

Chow dalam ucapan beliau menyatakan wartawan memainkan peranan penting bagi memastikan maklumat yang disampaikan sahih dan tepat.

Malah ujarnya lagi, kecanggihan teknologi kini merupakan satu peluang yang harus direbut bagi memperkukuh lagi peranan wartawan.

Ia juga katanya, mampu membawa perubahan yang besar kepada dunia kewartawanan dan harus dimanfaatkan secara total.

Tambahnya, pengamal media harus terus berpegang kepada etika kewartawanan bagi menyatukan rakyat serta menyokong pembangunan negeri. 

Manakala Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, Iskandar Othman berkata, program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media.

Program ini juga katanya mampu menjadi pemangkin kepada media untuk memartabatkan profesion kewartawanan sejajar dengan kecanggihan perkembangan era digital tatkala ini.

Selain itu, tambahnya, Hawana kini kian menjadi platform penting dalam menghargai dan mengenang jasa wartawan.


Beberapa pengamal media turut menerima sumbangan kebajikan kelab pada malam tersebut. 


Pada majlis tersebut, sumbangan kebajikan turut diberikan kepada pengamal media bagi meringankan kesulitan yang mereka hadapi.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Yusof Latiff; ADUN Sg Puyu, Phee Syn Tze; dan bekas Penolong Ketua, Wartawan Sinar Edisi Utara, Mohd Fakhri Mohd Ali serta serta mantan pengamal-pengamal media Pulau Pinang. - KitaReporters


Chow Kon Yeow bersama Iskandar Othman memotong kek ulang tahun sebagai simbolik sambutan sedekad Kelab Media Mutiara Pulau Pinang.

10
15
0
6
0
You will be interested