Insan & Komuniti 15 Jun, 2025

Video| Kelewatan bawa kesyukuran! Lewat 10 minit untuk boarding, siswa terselamat nahas Air India!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.



‘Berpantang Maut Sebelum Ajal’. Peribahasa ini sesuai diberi kepada Bhumi Chauhan, 28.

Bhoomi sepatutnya menaiki pesawat Air India 171 ke London, United Kingdom yang terhempas pada tengah hari Khamis, 12 Jun 2025.

Namun Bhoomi tidak dibenar menaiki pesawat itu kerana pintu telah ditutup dan petugas penerbangan enggan membuka pintu walaupun dia merayu. Ini kerana Bhoomi lewat 10 minit untuk menaiki kapal terbang (boarding).  

Pada mulanya dia kecewa enggan dibenar naik pesawat itu, tetapi tanpa diduga ia menyelamatkan nyawanya pelajar bidang pentadbiran perniagaan di sebuah universiti di Bristol, United Kingdom ini. 



Pagi Khamis, 12 Jun 2025, menjadi hari akhir dia bercuti bersama suami di India Barat iaitu di bandar Ankleshwary iaitu kira-kira 200 kilometer dari bandar Ahmedabad. 

Kerana kesesakan lalu lintas yang teruk menyebabkan perjalanan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmedabad terlewat daripada jangkaan. 

Mereka tiba pada jam 12.20 waktu tempatan. Ia menyebabkan Bhoomi lewat 10 minit daripada waktu akhir untuk menaiki pesawat. 

Meskipun Bhoomi sudah melakukan ‘mobile check-in’ (pendaftaran masuk online) dan memegang ‘boarding pass’ untuk kerusi 36G, namun rayuan Bhoomi untuk masuk ke dalam pesawat tetap tidak dilayan oleh petugas. 



Kecewa dengan layanan itu menyebabkan Bhoomi dan suaminya meninggalkan lapangan terbang dan bercadang membuat aduan ke pihak berwajib.
Pasangan suami isteri ini sempat singgah di sebuah kedai minuman dan mendengar siaran berita mengenai tragedi pesawat terhempas yang mengharukan.  

Bhoomi terkejut apabila mengetahui pesawat Air India 171 yang terhempas sebaik sahaja berlepas dan baru berada di udara kira-kira 30 saat itu ialah pesawat yang sepatutnya dinaikinya.

Bhoomi dan suami tergamam dan bersimpati dengan kematian para penumpang dan anak kapal serta sejumlah mangsa di kawasan kapal terbang terhempas. 



Di samping itu Bhoomi bersyukur kelewatannya untuk berlepas menyebabkan nyawanya masih panjang. Perkara itu turut disyukuri oleh ahli keluarga kerana sebelum ini mereka menyangka Bhoomi adalah antara mangsanya.

Jumlah kematian mencapai 280 orang dengan kira-kira 38 mati di  tempat pesawat terhempas.

Hanya seorang penumpang yang selamat daripada nahas udara tersebut iaitu Ramesh Vishwaskumar Bucharvada, 38, yang duduk di kerusi 11A. - KitaReporters


17
10
0
14
0
You will be interested