Insan & Komuniti 09 Jan, 2025

Video| Tolong kami! Bantu kerja amal Ustaz Shahrir! Hanya bergerak seorang diri! Beramal di Kemboja!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

.


Rumah seorang penduduk Kampung Sangkum Tmey, Wilayah Kampung Cham di Kemboja yang masih memerlukan dana untuk dibaik pulih.


Jiwa beramalnya sangat tebal. Pantang ada yang minta pertolongan pasti akan ditunaikan. Tiada istilah tak boleh dalam kamus hidupnya. Selagi terdaya akan diusahakan. 
Susah payah dan usaha tak pernah pudar. Senantiasa positif dengan apa yang dibuat terutama yang membabitkan urusan dengan Allah. 
“Selagi diizinkan Allah saya akan teruskan kerja amal ini kerana ia satu kepuasan bagi saya jika dapat berbuat kebaikan dan membantu sesama insan ke jalan Allah," kata Ustad Mohamad Shahrir Abdul Mutalib.

Ustaz Mohamad Shahrir Abdul Mutalib menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk wanita.


Ustad Shahrir baru pulang  dari menghantar bantuan ke  Kampung Sangkum Tmey, Wilayah Kampung Cham di Kemboja. 
“Selain barang makanan dan keperluan harian, saya juga menyampaikan sumbangan fidyah fakir miskin dan wakaf pam air untuk penduduk Islam di kampung tersebut. “ katanya. 
Ustad Shahrir yang juga Penolong Pendaftar Hal Ehwal Islam Pusat Islam Universiti Tun Huseein Onn Malaysia (UTHM) di Parit Raja, Batu Pahat, Johor bergerak seorang diri ke Kemboja untuk misi memberi bantuan kepada  penduduk di sana. 
“Sebelum ini saya datang bersama para pelajar, individu dan NGO, tapi kali ini seorang diri kerana sudah lama tidak turun 
ke Kemboja, “ jelasnya. 
Hubungan baik dengan beberapa pihak di Kemboja membolehkan Ustad Shahrir melaksanakan amanah yang diterimanya dengan mudah. 
“Beramal tidak perlu menunggu. Bila Ada rezeki dan Allah gerakkan hati kita perlu segera bertindak melakukannya dengan hati yang ikhlas,“ katanya lagi.


Kedatangan Ustad Shahrir di Kemboja disambut oleh Pengetua Madrasah Tahfiz, Ustad Musa Abdul Rahim di mana majlis penyampaian sumbangan itu diadakan. 

Setiap penduduk menerima bungkusan keperluan harian bernilai RM50 serta serta kampung itu menerima 5 pam air untuk kegunaan mereka. 

“Satu pam berharga RM1,300. siapa sahaja yang berhajat menyumbang pam sangat dialu-alukan. Mereka sangat memerlukan pam tersebut terutama menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.“  kata Ustad Shahrir. 

Ustaz Shahrir menunjukkan sebuah pam air yang baru dipasang di sebuah rumah di Kampung Sangkum Tmey, Wilayah Kampung Cham di Kemboja.


Dalam misi solonya kali ini, 5 buah pam air dipasang di kampung tersebut. Namun dimaklumkan banyak lagi pam diperlukan untuk. keselesaan penduduk di Kampung Sangkum Tmey, Wilayah Kampung Cham di Kemboja itu. 
Menurut Ustaz Shahrir, banyak kawasan perkampungan Islam di Kemboja memerlukan bantuan dan sumbangan daripada masyarakat luar untuk memudahkan mereka beribadat dan meneruskan kehidupan.. 
“Memandangkan saya banyak berhubung dengan beberapa pihak di sana saya berusaha mengumpul sumbangan untuk diberikan kepada mereka setakat yang saya mampu. 
“Sekarang saya sedang mengumpul sumbamgan untuk mereka yang memerlukan di Kemboja bagi menyambut bulan Ramadan nanti,“ ujar Ustaz Shahrir.
Insya-Allah dua minggu sebelum puasa, beliau merancang untuk ke Kemboja lagi bagi menyerahkan sumbangan terkumpul bagi persediaan penduduk di sana menyambut Ramadan. 
“pada bulan baik menjelang Ramadan kali ini, marilah kita bersedekah dan menyumbang untuk mereka yang memerlukan. Tidak kira di mana yang penting nawaitu dan tindakan kita untuk beramal,“ pesan Ustaz Shahrir. 


Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu misi bantuan solonya ke Kemboja baru-baru ini dan juga sebelum ini. 
“Tanpa sumbangan dan sokongan daripada hamba-hamba Allah yang baik hati dan ikhlas ini pasti urusan saya tidak akan tercapai “ tambahnya. 
Yang berhajat untuk menyumbang atau bersedekah dan mewakafkan pam air di  Kemboja boleh menghubungi Ustaz Shahrir menerusi talian 019 6007576. - KitaReporters

9
14
0
10
0
You will be interested