Viral video sekumpulan pelajar yang sudah tamatkan masa persekolahan mereka merosakkan harta benda sekolah tanpa ada rasa bersalah.
Jika melihat kepada video yang viral itu, pintu bilik air, kerusi, kipas dan banyak lagi peralatan sekolah telah dijahanamkan dengan sengaja.
Bagi penyanyi legenda Dato Hattan, beliau meminta ibu bapa untuk memantau anak masing-masing agar tidak terjadi seperti itu.
Lagi
Ketika zaman beliau bersekolah dahulu , harta benda sekolah akan dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang kerana mereka menyedari ia bukan mudah untuk dapat dan kegunaan generasi akan datang.
Berbeza dengan pelajar zaman sekarang yang dilihat tidak menghargai langsung aset sekolah itu.
Mungkin ia disebabkan pelajar sekarang tidak boleh diambil tindakan rotan seperti pelajar dahulu yang boleh membentuk disiplin anak pelajar.
Jika guru itu ambil tindakan, ibu bapa pula akan hadir ke sekolah dan kesudahannya, pelajar tidak lagi takut dengan peraturan di sekolah.
Setiap kali sesi persekolahan akan berakhir, pelajar pasti akan berasa sedih kerana harus berpisah bersama rakan-rakan serta guru-guru di sekolah tersebut.
Namun ada segelintir pelajar yang bertindak ganas dan tidak beradap apabila mengambil langkah bersama rakan-rakan yang lain untuk merosakkan harta benda milik sekolah.
Tindakan pelajar dari sebuah sekolah di Simpang Ampat, Pulau Pinang ini tidak boleh diterima sama sekali dan telah mendapat kecaman orang ramai.
Jika melihat video yant viral itu, pintu bilik air, kerusi, kipas dan banyak banyak lagi telah dijahanamkan dengan sengaja.
Sebagai pelajar, sepatutnya isu ini tidak terjadi dan harus menunjukkan tauladan yang baik kepada pelajar yang lain.
Kes ini juga boleh dirujuk kepada pihak polis kerana ia telah melibat keganasan di sekolah biarpun tiada siapa tercedera.
Moga pelajar yang terlibat ini akan dikenakan tindakan tegas agar menjadi pengajaran pada pelajar yang lain. - KitaReporters