Insan & Komuniti 02 Feb, 2023

Video| Ayah sakit! Anak 11 tahun bawa naik beca tua bermotor ke hospital! 160km, 8 jam setiap 10 hari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Rahmat Aulia berehat seketika melepaskan kelelahan kerana membawa ayahnya menaiki beca. - Krediit foto: FB Azmi Murtaza/Tribunnews

RAHMAT Aulia masih muda iaitu busia 11 tahun dan berada di darjah 6 sebuah sekolah rendah. Dalam usia sedemikian dia sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran. 

Namun kanak-kanak yang kematian ibu sejak kecil dan hanya tinggal bersama kakak berusia 13 tahun dan ayahnya, terpaksa menjadi ‘dewasa’ lebih awal. 

Ayahnya sakit dan mengalami pendarahan dalam perut dan perlu menjalani rawatan di hospital. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengorbanan


Kerana tidak ada siapa hendak membawa ayahnya untuk menerima rawatan di hospital, membuat Rahmat nekad membawa ayahnya ke Hospital Cut Meulaboh, Aceh Utara yang jaraknya kira-kira 160km dari rumahnya di Desa Geulanggang, Kecamatan Ulim, Kabupaten Pidie Jaya, Aceh.

Untuk itu, dia membawa ayahnya menaiki beca tua bermotor milik orang tuanya setiap 10 hari dengan jarak 160km setiap perjalanan.

Selain itu Rahmat terpaksa bekerja sambilan sebagai penarik pukat (menangkap  ikan) dengan sebahagian besar pendapatan untuk  membiayai kos rawatan ayahnya.  

Kisah Rahmat yang menyedihkan itu membuat ramai yang bersimpati dan menghulurkan bantuan kewangan. 


Rahmat melihat keadaan ayahnya ketika berehat


Kisah sedih Rahmat berkenaan dimuat naik oleh pemilik FaceBook Azmi Murtala yang secara kebetulan melihat Rahmat sedang berehat bersama bapanya di tepi jalan menuju ke Hospital Cut Meulaboh.

Dalam hantaran, disebut kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Rahmat Aulia membawa ayahnya yang kesakitan menuju kabupaten Aceh Utara dengan menempuh jarak kurang lebih 160 kilometer menunggang sebuah beca tua bermotor.

Kanak-kanak darjah 6 itu kelihatan tertunduk keletihan dan sesekali dia termenung di atas beca tua yang  diparkir di tepi jalan Medan Aceh tepatnya di kawasan Peusangan Bireuen.


Orang ramai yang melalui jalan raya turut singgah melihat keadaan dua beranak itu

Kasihan melihat keadaan Rahmat dan ayahnya, Azmi Murtaza mendapatkan khidmat ambulans percuma bagi membawa si ayah ke hospital. 

Memuat naik kisah itu dalam Facebook itu menyebabkan ramai netizen yang bersimpati dan ada yang mewujudkan tabung bantuan untuk Rahmat dan ayahnya. 

Sementara itu Azmi Murtaza bersyukur dapat melakukan sesuatu untuk memudahkan si ayah menerima rawatan. Ini kerana menaiki beca bermotor atas jalan raya tanpa lesen adalah satu kesalahan dan amat berbahaya.

Cuma nasib baik Rahmat dan ayahnya belum pernah ditahan oleh polis atau terbabit dalam kemalangan. Malah polis-polis yang ditemui difahamkan turut membantu melancarkan perjalanan dua beranak itu. - KitaReporters

12
15
1
15
0
You will be interested