Insan & Komuniti 30 Sep, 2023

Video| Penyewa dari neraka? Rumah sewa rosak! Siapa kena baiki? Ikuti penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sejak beberapa tahun ke belakangan ini, isu penyewa rumah dari ‘neraka’ sering menjadi topik hangat. Mereka melakukan pelbagai kerosakan sehingga menyebabkan pemilik rumah tertekan dan serik. 

Mentang-mentanglah rumah yang diduduki itu bukan milik mereka, jadi tidak perlu menjaganya dengan baik.

Sebarang isu berkaitan dengan rumah sewa menjadi isu yang dekat dengan rakyat Malaysia kerana ramai memilih untuk menyewa terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Malah, media sebelum ini pernah melaporkan permintaan bagi hartanah tersebut juga meningkat.

Hal ini terjadi kerana ramai berpendapat menyewa lebih jimat berbanding membeli rumah. Namun, apa yang ingin diulaskan ini bukan mengenai sewa beli rumah tetapi sikap sesetengah penyewa yang tidak bertanggungjawab.


Inilah contoh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Pasti anda pernah membaca dalam akhbar atau media sosial mengenai sikap segelintir penyewa yang dicap sebagai penyewa dari ‘neraka’. Mereka dilabelkan sedemikian kerana langsung tidak bertanggungjawab ke atas rumah yang disewa. 

Sebenarnya perkara seperti ini mungkin dapat dielak sekiranya pemilik rumah menyediakan perjanjian sewa rumah (tenancy agreement) sebelum mengambil keputusan untuk menyewakan rumah. Perjanjian ini sah di sisi undang-undang dan andai kata penyewa melanggarnya, pemilik boleh membawa kes tersebut ke mahkamah.

Dalam Islam sendiri pun ada undang-undang mengenai hal ini. Isu ini telah dibahas oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ruangan Mari Belajar Agama dalam Instagramnya dengan tajuk ‘Rumah sewa rosak, siapa kena ganti?’


Penyewa harus bertanggungjawab andai kerosakan itu berpunca daripada mereka.


Menurut UAI, apa jua kerosakan pada rumah sewa, tanggungjawab itu terletak kepada tuan rumah melainkan kerosakan itu disebabkan oleh kecuaian penyewa.

Berdasarkan keterangan tersebut, semoga kita sama-sama mendapat pengajaran. Sekiranya anda seorang penyewa, maka bertanggungjawablah kalau ada kerosakan yang berpunca daripada diri sendiri.

Jika sebaliknya, hubungi tuan rumah dan jelaskan kepadanya baik-baik. Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh-gaduh.


Dapat penyewa dari 'syurga' seperti ini amatlah bersyukur.

15
9
0
13
0
You will be interested