Insan & Komuniti 03 Jul, 2024

Terima kasih Menteri Besar! 324 imam ketiga di Terengganu terima bantuan khas one-off! RM600 seorang!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SERAMAI 324 orang imam ketiga yang bertugas di masjid-masjid mukim di Terengganu menerima bantuan khas secara 'one-off' sebanyak RM600 seorang daripada kerajaan negeri dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM194,400. 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini imam ketiga di masjid mukim negeri itu tidak menerima bayaran daripada mana-mana entiti yang lain. 

"Jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membayar kepada imam ketiga, pembayaran hari ini adalah untuk tahun 2023.

"Agak terlewat sebenarnya kerana kita bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri," katanya.ketika menyampaikan sumbagan kepada imam di Wisma Darul Imam, Kuala Terengganu.


Sebahagian imam yang hadir mengamimkan doa


Dr Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri turut berhasrat untuk meneruskan bayaran bantuan khas kepada imam-imam bagi tahun 2024.

"Insya-Allah sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan kita akan cuba selesai secepat mungkin sebelum berakhir tahun ini (2024)," ujarnya.

Katanya, untuk tahun 2024, Kerajaan Negeri akan usahakan proses pembayaran dilaksanakan sebelum berakhir tahun.



“Doakan agar kedudukan kewangan negeri kita mengukuh dan berada dalam keadaan stabil agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat,” harap Dr Ahmad Samsuri. 

“Saya percaya para imam yang ada ini akan menjalankan tanggungjawab dengan penuh komited dan berdisiplin sebagai golongan yang paling hampir dengan masyarakat di Terengganu," ujarnya lagi. - KitaReporters 


 Dr Ahmad Samsuri beramah mesra dengn imam penerima bantuan

 

16
17
1
6
0
You will be interested