Sukarelawan Misi Amal bersiap sedia sebelum melakukan Program Ibadah Qurban Misi Amal 2024 di Perkampungan Orang Asli Jalan Cameron Highland-Tapah, Perak.
SAMBUTAN Aidiladha sentiasa dinanti-nantikan oleh masyarakat Orang Asli Suku Semai di sekitar Batu 8, 9, 10, 11 dan 14 Jalan Tapah-Cameron Highlands, Perak kerana Hari Raya Korban itu memberi kesempatan kepada mereka untuk merasai nikmat memakan daging lembu korban.
Walaupun tidak melaksanakan ibadah korban sendiri, hampir setiap tahun Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan mengadakan ibadah korban di penempatan mereka, yang didiami kira-kira 200 penduduk beragama Islam.Sukarelawan Misi Amal dan JAIPk bergambar kenangan bersama wakil masyarakat Orang Asli Islam yang hadir untuk program Qurban Aidiladha 2024.
Dengan sumbangan lembu korban itu dapatlah penduduk Islam di di beberapa perkampungan Orang Asli merasai daging lembu yang jarang dinikmati mereka. Tahun ini (2024), mereka menerima sumbangan dua ekor lembu korban dan ibadah ini dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha kedua.
Tok Batin Islam di Perkampungan Orang Asli Pos Musoh LZ, Batu 8, Jalan Cameron Highland-Tapah, Kamal Bahkal Lok Abdullah, berkata di perkampungan itu terdapat kira-kira 100 keluarga Orang Asli tapi hanya 13 keluarga beragama Islam dan daging korban ini akan diagihkan kepada mereka.Kamal Bahkal Lok Abdullah
"Kami sangat terharu dengan keprihatinan Misi Amal (Pertubuhan Amal dan Kebajikan Insaniah Selangor) melaksanakan ibadah korban di sini, sekali gus memberi peluang untuk menikmati daging lembu korban.
"Penduduk Orang Asli beragama Islam memang tidak sabar menanti ketibaan Aidiladha kerana hampir setiap tahun penduduk akan menerima sumbangan daging lembu korban."Alhamdulillah, tahun ini (2024) kami dapat menikmati daging lembu lagi. Jika nak beli, dengan harganya yang mencecah RM30 sekilogram, memang kami tak mampu. Lagipun ahli keluarga kami ramai," katanya ketika ditemui pada Program Ibadah Qurban Misi Amal 2024 sempena Hari Raya Aidiladha di Kem Briged Malaysia cawangan Perak di Batu 9.5 Jalan Cameron Highland-Tapah.Sukarelawan Misi Amal dan penduduk Orang Asli membantu melapah lembu yang disembelih untuk program korban.
Perkampungan Orang Asli Pos Musoh LZ terletak di Jalan Tapah-Cameron Highland, Perak. Untuk sampai ke perkampungan itu, perlu mengharungi perjalanan sejauh 25 kilometer dari laluan utama. Ia jalan tanah satu lorong yang penuh selekoh selain laluan di tepi gaung.
Bagi Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Tapah, Perak, Mohd Asmmadi Abdullah pula, jika dahulu dia hanya mengetahui aktiviti korban itu sekadar menyembelih lembu dan mengagihkan daging kepada orang ramai tapi selepas memeluk Islam, baru dia tahu, di sebalik ibadah korban itu ada peristiwa untuk mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.Mohd Asmmadi Abdullah
Menurutnya, sebagai saudara baharu, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa itu selain menunjukkan semangat kecintaan terhadap agama Islam selepas berkorban meninggalkan agama nenek moyang yang dianuti selama ini.
"Setiap kali penganjuran program ini, saya tidak akan ketinggalan mengikutinya termasuk anjuran masjid dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kerana ibadah itu menyatukan umat Islam tanpa mengira warna kulit dan keturunan.Sukarelawan Misi Amal menyiapkan daging koban untuk diagih-agihkan kepada penduduk Orang Asli suku Semai sekitar Jalan Cameron Highland-Tapah, Perak.
"Ramai ahli keluarga mengambil bahagian dalam program itu, sekali gus mencipta pengalaman melakukan ibadah selain aktiviti gotong-royong melapah daging korban.
"Alhamdulillah kali ini saya berpeluang menyertai ibadah korban itu bersama MIsi Amal dan kami dapat ilmu dan pendidikan mendalam mengenai ibadah ini bukan sekadar menerima daging korban sahaja," katanya.Wanita Orang Asli suku Semai yang memeluk Islam kini sudah tahu penggunaan tudung untuk menutup aurat.
Sementara itu, Pertubuhan Amal dan Kebajikan Insaniah Selangor (Misi Amal) menyumbang dua ekor lembu dan menyalurkan bantuan tambahan seperti telur, beras dan duit raya kepada 70 keluarga masyarakat Orang Asli di sekitar Jalan Cameron Highland-Tapah, Perak.
Ini adalah kali keempat pertubuhan itu menganjurkan program korban Aidiladha. Sumbangan itu sebahagian Program Ibadah Qurban Misi Amal 2024 di Kem Briged Malaysia di Batu 9.5 Jalan Cameron Highland-Tapah, Perak.Bendahari Misi Amal, Ustazah Norhayati Sulaiman berharap sumbangan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli itu dapat meringankan beban mereka, sekali gus memberi keceriaan sempena sambutan Aidiladha tahun ini (2024).Ustazah Norhayati Sulaiman
Beliau berkata, program gotong-royong bermula seawal jam 8 pagi dan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), penduduk Orang Asli dan Briged Bakti Malaysia cawangan Perak.
"Program tahun ini diadakan pada hari raya kedua, bermula jam 8 pagi dengan menyembelih dua ekor lembu, melapah dan pengedaran daging kepada penduduk Orang Asli yang hadir bersama sejak jam 7 pagi lagi.“Urusan penyembelihan dilakukan wakil Pejabat Agama Daerah Tapah, Perak, Ustaz Hishamuddin Kassim dengan dibantu oleh ahli Misi Amal dan penduduk Orang Asli," katanya.
Sukarelawan Misi Amal menyantuni masyarakat Orang Asli suku Semai di perkampungan mereka di Batu 9, Jalan Cameron Highland-Tapah, Perak.
Selepas urusan sembelih haiwan itu selesai, sukarelawan daripadad Pertubuhan Kebajikan Insaniah Selangor serta mualaf Orang Asli melakukan kerja-kerja melapah dan membungkus daging kira-kira 150 kilogram termasuk tulang, perut dan hati.
Menurutnya, program itu berakhir dengan pengedaran daging korban serta makan tengah hari yang dimasak secara bergotong royong. - KitaReportersSukarelawan Misi Amal dan JAIPk bergambar bersama sebahagian penerima daging korban di Kem Briged Malaysia cawangan Perak.