Insan & Komuniti 08 Nov, 2022

Video| Yayasan RYTHM dukung Keluarga Malaysia! Sokong acara pelajar Taarana pamer bakat di pentas!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this



SERAMAI 24 pelajar istimewa Sekolah Berkeperluan Khas Taarana, Selangor telah menganjurkan acara tahunannya pada Khamis, 1 November 2022 lalu yang berlangsung meriah dan mendapat sokongan penuh para guru dan keluarga yang hadir.

Taarana, yang bermaksud kebangkitan dalam bahasa Sanskrit, ditubuhkan pada 2011 oleh Yayasan Rythm

Ia merupakan inisiatif impak sosial kumpulan peningkatan kualiti (QI) untuk memenuhi keperluan mendesak beberapa pihak serta sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas serta keluarga mereka, selain sebagai satu usaha mendukung aspirasi Keluarga Malaysia.

Acara tahunan yang sebelum ini diadakan saban tahun terpaksa ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, atas faktor kesihatan dan keselamatan. Justeru kemunculan semula pelajar di pentas kali ini untuk membuat persembahan sangat ditunggu-tunggu malah pelajar sendiri teruja untuk beraksi.

Mereka telah menjalani latihan sejak Julai 2022 lalu untuk mempamerkan bakat masing-masing di atas pentas.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan yayasan-yayasan


Profesor Madya Dr Annapurny Venkiteswaran, seorang ibu yang mempunyai anak bersekolah di Taarana berkata, beliau gembira dengan persembahan tersebut dan berterima kasih atas usaha pihak sekolah yang berusaha membantu dalam perkembangan anaknya.

“Hari ini sangat istimewa kerana usaha hebat pihak yayasan, pengetua serta guru-guru Taarana,  hasilnya sangat menggembirakan dan sewajarnya diberi penghargaan.

"Ramai dalam kalangan ibu bapa terpaksa membuat keputusan memindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah yang lain atas tujuan mencari sekolah yang sesuai untuk anak-anak kami. 

"Di Taarana, keperluan tersebut dipenuhi kerana  kami dan para guru berkomunikasi dengan baik, malah mereka amat  berdedikasi dan situasi ini sangat memberi makna yang mendalam,” katanya.

Acara telah dipenuhi dengan pelbagai persembahan oleh pelajar, masing-masing mempamerkan bakat terpendam kepada penonton yang memberi sokongan memberangsangkan.

Salah seorang pelajar yang membuat persembahan, Joel Joshua Augustian telah menunjukkan perkembangan membanggakan dalam aspek pertuturan, kognitif, matematik dan kemahiran komunikasinya apabila berjaya memukau penonton melalui lagu nyanyiannya, 'You Raise Me Up' (Josh Groban) yang begitu menyentuh hati.

Menurut kakaknya, Ann Madeline Augustine, Joshua berjaya meningkatkan kemahiran komunikasinya sejak bersekolah di Taarana pada 2020.

“Sejak menyertai Taarana, Joshua kini sudah mampu bertentang mata dengan kami  dan memberi gerak isyarat semasa berkomunikasi. Saya amat bersyukur kerana mempunyai guru-guru di sini  yang telah membimbing adik saya sehingga ke tahap ini.

“Guru-guru di sini sangat bersemangat dan meninggalkan kenangan yang luar biasa dalam hati kami semua,” ujarnya.

Sementara itu Yayasan RYTHM dalam satu kenyataanya memberitahu sekolah keperluan pendidikan khas berusaha untuk mencungkil keupayaan setiap kanak-kanak melalui kurikulum yang dijalankan. 

Ia membantu untuk membentuk keperibadian pelajar di samping memperkasakan mereka menjadi ahli Keluarga Malaysia yang berdikari dan dapat memberikan sumbangan. - KitaReporters


Sebahagian pelajar istimewa dari Taarana sedang membuat persembahan sempena acara tahunan pada Khamis, 1 November 2022. - Kredit foto: Yayasan RYTHM 

14
14
0
10
0
You will be interested