Insan & Komuniti 09 Nov, 2023

Video| Mrs Malaysia Globe 2023 martabatkan wanita berkahwin! Dr. Shariffa Sabrina terima anugerah!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

MMG turut menyampaikan anugerah' Inspirational Woman Hall of Fame Award' kepada Dr. Shariffa Sabrina (kiri) yang diserahkan oleh Hyacinth Ho.


Pencarian hampir enam bulan bagi menobatkan golongan wanita berkahwin paling cantik berakhir dengan kemenangan berpihak kepada bekas pramugari, Jamie Choong sebagai Ratu Mrs Malaysia Globe (MMG) 2023 dan seorang usahawan dan ibu kepada dua cahaya mata, Stephanie Alcantara bagi kategori Mrs Malaysia Classique Globe 2023.

Pertandingan bertujuan memperkasa wanita berkeluarga itu turut mengumumkan gelaran empat Naib Juara kesemuanya pada setiap kategori iaitu Juliana Khoo, Ivlyn Tan, Erin Tan dan Cynthia Lee bagi Mrs Malaysia Globe 2023 dan Sukhbir Kaur, Michelle Teo, Phang Huey Jiun dan Fennie Lee  pada kategori Mrs Malaysia Classique Globe 2023.


Jamie Choong (tengah) bersama pemenang Naib Juara Mrs Malaysia Globe dari kiri, Cynthia Lee, Naib Juara ke-4,  Ivlyn Tan (Naib Juara ke-2), Jualiana Khoo (dua dari kanan) selaku Naib Juara pertama dan Naib Juara tempat ketiga, Erin Tan.


Stephanie (tengah) bersama Naib Juara tempat ke-4 (dari kiri) Fennie Lee, Naib Juara ke-2, Michelle Teo, seterusnya, Naib Juara Pertama, Sukhbir Kaur (dua dari kanan) dan Naib Juara ke-3,Phang Huey Jiun bagi kategori Mrs Malaysia Classic Globe.


Tahun ini menyaksikan 18 finalis merebut takhta itu pada malam kemuncaknya yang diadakan di Arena Mega Stars, Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini yang dihakimi barisan profesional diketuai supermodel pertama Malaysia, Amber Chia; ikon Gillian Hung a.k.a. Mama G; seorang guru fesyen yang telah banyak menyumbang kepada industri fesyen Malaysia, Dato Lilian Tong; ikon yang dihormati dalam adegan Baba Nyonya Pulau Pinang dan Pengarah Muzium untuk Pinang Peranakan Mansion, Lucia Wong, yang dinobatkan sebagai Puan Classique Globe 2023.

Kedua-dua pemenang, iaitu Mrs Malaysia Globe 2023, bagi wanita dalam kategori usia dari 28 hingga 45 tahun, dan Mrs Malaysia Classique untuk wanita  berusia 45 tahun ke atas akan mewakili Malaysia ke pentas dunia pada tahun hadapan bagi merebut gelaran Mrs Globe di China dan Mrs Globe Classique di Amerika Syarikat.


Hyacinth (kanan) menyampaikan sumbangan kepada wakil daripada Pusat Disleksia Genius dan 'Volunteer With Love'.


Malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung meriah bertemakan ‘Black & Gold Elegance’ menyaksikan kesemua finalis bergaya pesona melalui lima segmen menarik iaitu ‘Smashing Stereotype’, ‘Dream Big Barbie Style’, ‘Femininity at its Finest', ‘Hollywood Glam’ dan ‘Decoding Dyslexia’.

Sebagai majlis memartabatkan golongan wanita, MMG turut memberikan penghormatan kepada tetamu kehormat mereka pada malam itu iaitu Puan Sri Dr Shariffa Sabrina Syed Akil sebagai penerima  anugerah 'Inspirational Woman Hall of Fame Award' yang pertama. disampaikan oleh Pengarah Kebangsaan Ratu Cantik MMG, Hyacinth Ho.

Anugerah itu bukan sahaja memberi penghormatan kepada seseorang individu tetapi semangat pencapaian cemerlang wanita dan potensi yang tidak terhingga.

“Selain itu, dalam usaha kami untuk membuat perubahan yang bermakna, sebahagian daripada jualan tiket disumbangkan kepada 'Volunteer with Love', sebuah organisasi terpuji yang telah mencurahkan kasih sayang, sokongan dan bantuan kepada individu dan komuniti sejak 2016,” ujar Hyacinth Ho pada malam tersebut.



Di samping itu, MMG juga tidak melupakan golongan kanak-kanak disleksia di mana ke semua finalis menggayakan baju-T yang direka khas untuk tujuan lelong dengan sasaran RM9,000 dapat disumbangkan kepada Pusat Dyslexia Genius Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Acara malam yang memberikan tumpuan pada  budaya dan warisan memperlihat aura perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum yang hadir. walaupun bertemakan pakaian elegan rona emas dan hitam.

Sorakan daripada kaum keluarga dan tetamu yang hadir sudah pasti menaikkan semangat barisan finalis yang bukan terdiri bergaya bagaikan gadis ratu cantik berukuran 36-24-36 tetapi terletak pada kewibawaan masing-masing sebagai seorang wanita perkasa pada mata masyarakat.



“Bagi saya kecantikan itu terletak pada gabungan tarikan fizikal dan karakter seseorang itu dan kemenangan ini memberikan saya peluang untuk terus meneroka sesuatu yang baharu selain menyerlahkan keyakinan serta keaslian diri,” ujar Mrs. Malaysia Global 2023, Jamie Choong, seorang perunding hartanah berusia 41 tahun.

Bagi Jamie penglibatannya dalam peraduan Ratu MMG bertujuan mempamerkan keyakinan dan keaslian dirinya menerokai fasa baharu.

“Kecantikan bagi saya adalah gabungan daya tarikan fizikal dan watak,” ujar Jamie yang menjadikan Amber Chia inspirasinya melalui ketabahan seorang seorang ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki.



Jamie (kiri) dan Stephanie.


Sependapat dengan rakannya itu, sebagai pemenang Mrs Malaysia Classique Globe, Stephanie Alcantra yang boleh dikatakan mendapat sorakan sama hebat seperti Jamie daripada kaum keluarga dan rakan-rakannya berkata, “Akan saya gunakan platform ini sebagai ruang untuk melakukan sesuatu yang lebih lagi bagi kesejahteraan kanak-kanak khas seperti golongan disleksia dan lain-lain.

Stephanie juga adalah pengasas Minggu Fesyen Borneo dan seorang usahawan yang sentiasa aktif walaupun mempunyai dua cahaya mata pada usia 49 tahun.

Menurutnya penglibatannya dalam merebut gelaran dalam MMG adalah kerana beliau mahu berkongsi detik indah yang dekat di hatinya di mana kecantikan dapat dipancarkan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang mampu mencerminkan alam semula jadi, seni dan detik-detik penuh perasaan kepada khalayak.

Selain anugerah utama, turut disampaikan anugerah sampingan bagi kedua-dua kategori seperti berikut:


Kategori Mrs. Malaysia Globe 2023:

Ikon Barbie Terbaik: Chaithra Raj

Kontur Budaya (Pakaian Budaya Terbaik): Erin Tan

Glam Hollywood (Gaun Petang Terbaik): Jaime Choong

Pembaris Landasan (Lari Catwalk Terbaik): Jaime Choong

Talent Tornado (Terbaik dalam Talent Show): Chaithra Raj

Kegemaran Peminat (Undi Awam Tertinggi): Ivlyn Tan

Puan Congeniality: Erin Tan

Ratu Kecemerlangan (Mewujudkan Semangat MMG): Juliana Khoo.



Kategori Mrs Malaysia Classique 2023:

Ikon Barbie Terbaik: Stephanie Alcantara

Kontur Budaya (Pakaian Budaya Terbaik): Fennie Lee

Glam Hollywood (Gaun Petang Terbaik): Sukhbir Kaur

Penghibur Landasan (Lari Catwalk Terbaik): Stephanie Alcantara

Talent Tornado (Terbaik dalam Talent Show): Wendy Tan

Kegemaran Peminat (Pengundi Awam Tertinggi): Sukhbir Kaur

Mrs Congeniality: Sukhbir Kaur

Ratu Kecemerlangan (Mewujudkan Semangat MMG): Stephanie Alcantara


Tahniah kepada semua 'ibu ibu' pemenang Ratu MMG berkenaan. - KitaReporters

11
13
0
17
0
You will be interested