BUKANNYA mudah untuk buat anak-anak fokus pandang kamera ketika diambil gambar, apatah lagi bagi ‘si kecil’ yang belum tahu apa-apa. Hendak dapatkan sekeping ‘shot’, punyalah payah!
Perkongsian video menerusi akaun TikTok @suzieshukri.hq menarik perhatian netizen dengan gelagat belakang tabir atau ‘behind the scene’ ketika sesi fotografi seorang bayi lelaki di pejabat imigresen.
Apakan tidak, bukan sahaja si ayah terpaksa menjadi patung
di sebalik ‘board’ putih tetapi pegawai bertugas juga seolah-olah pegang watak
sebagai tukang agah demi pastikan si
comel pandang kamera.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak-anak
“Keno terik nih, tapaw baba n pegawai bertugas jadi
mangsa,” tulis @suzieshukri.hq
Usaha dilakukan akhirnya membuahkan hasil, apabila ‘si comel’ melihat kamera dan dirakam wajahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat ‘behind the scenes’ berkenaan kerana sebalik gambar si anak, ada bapa yang berkorban. Malah, ada yang berkongsi pengalaman pernah dilalui mereka.
Selain itu, netizen turut memuji ‘effort’ dan kesungguhan pegawai bertugas demi memastikan gambar si kecil dapat dirakam dengan baik. - KitaReporters