Insan & Komuniti 23 Feb, 2023

Hampir hilang nyawa! Cedera teruk digigit beruang matahari! Pesawah tetap jadi anggota bomba bantuan!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke [email protected]

Share this


INSIDEN mengerikan pada 2 Februari 2023 kekal terpahat di ingatan seorang pesawah Mohd Nizam Hamid, 27, dari Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah.

Mohd. Nizam yang berkhidmat sebagai anggota bomba bantuan ketika itu nyaris putus nyawa setelah diterkam dan digigit oleh seekor beruang matahari yang tersesat dari habibatnya di Gunung Jerai sebelum merayau-rayau di sawah sekitar Kampung Kabu 10, Yan pada pukul 10 pagi hari berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan haiwan beruang

MENGGERIKAN keadaan tangan Mohd Nizam Hamid setelah digigit oleh beruang matahari.

Dalam kejadian itu lelaki berkenaan yang ditugaskan mencari haiwan liar berkenaan di kawasan tersebut secara tiba-tiba diterkam oleh beruang yang semakin agresif sebelum menggigitnya. 

Menahan daripada haiwan itu mengigit leher dan mukanya dengan tangan mengakibatkan anggota badan anggota berkenaan cedera teruk termasuk putus urat.

Walau bagaimanapun Mohd Nizam bernasib baik kerana nyawanya masih panjang dan berjaya diselamatkan dalam kejadian itu. 

Ketika ini keadaan tangan kiri Mohd Nizam yang cedera semakin pulih begitu juga urat yang terputus berjaya disambung semula ketika menjalani rawatan di sebuah hospital Sungai Petani sebelum ini. 



Di sebalik insiden ngeri itu, Mohd Nizam ketika ditemui memberitahu bahawa dia sama sekali tidak akan meninggalkan kerja sambilannya itu walaupun hampir kehilangan nyawa akibatnya.

“Saya suka membantu dan menyelamatkan orang sebab itu saya sertai pasukan bomba bantuan ini. Saya dari awal sudah sedar musibah seperti ini adalah sesuatu yang biasa bagi anggota bomba.

“Mungkin banyak yang menganggap selepas tragedi ini saya akan berhenti kerja dan kembali buat bendang tetapi itu tidak benar. Saya akan terus jadi anggota bomba selagi khidmat diperlukan,” katanya yang baru setahun menyertai pasukan berkenaan dan kini bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Yan.



Menurut Mohd Nizam, isterinya, Fatin Noor Athirah Azizan, 22, juga merestui niatnya walaupun sering melahirkan kebimbangan dengar kerjaya barunya itu.

“Walaupun bimbang namun isteri selalu bagi dorongan,” kata bapa kepada bayi Muhammad Ziqiyad, sembilan bulan.

Mohd Nizam yang masih dalam cuti sakit sejak kejadian juga memberitahu dia tidak sabar lagi untuk kembali ke balai nanti.

“Namun pada 21 Februari  (2023) ini saya perlu jalani pemeriksaan untuk ketahui status kecederaan tangan saya. 

"Mungkin saya perlu jalani fisioterapi kelak. Apa pun saya bersyukur kerana kecederaan ini tidak begitu teruk kerana urat yang terputus itu sudah disambung semula,” jelas yang menetap di Bukit Besar, Kota Sarang Semut di Alor Setar.

Sepanjang cuti sakit tersebut Mohd Nizam masih beruntung apabila memperoleh pampasan daripada Faedah Kurang Upaya Sementara daripada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang dicarum melalui Perkeso.

Lebih membanggakan apabila Mohd Nizam turut menerima kunjungan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed bagi menyampaikan pampasan berkenaan pada 17 Februari 2023 lepas.

“Sebagai anggota bomba bantuan saya hanya menerima gaji ketika bertugas, tetapi sepanjang cuti sakit ini saya tetap menerima pampasan di bawah skim tersebut yang sedikit sebanyak melegakan saya,” katanya.

SKSPS merupakan skim diwujudkan Perkeso kudus yang mereka yang bekerja sambilan atau sendiri yang mempunyai pelbagai faedah antaranya untuk menjamin kebajikan pencarum ketika mereka dilanda musibah ketika bekerja. - KitaReporters


MOHD NIZAM HAMID ketika menerima kunjungan Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

20
10
0
11
0
You will be interested