Insan & Komuniti 14 Jan, 2023

Video| Aduilah! Selamba betul order Mekdi di pandu lalu guna kereta unik! Macam motosikal roda tiga!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SELALUNYA jika di laluan pandu lalu sesebuah restoran, kenderaan seperti kereta yang penuh sesak untuk membeli makanan kerana malas untuk turun dan ia sangat memudahkan.

Hanya dengan membuat pesanan, anda boleh mendapatkan makanan melalui tingkap. Namun lain pula dengan sebuah video yang viral baru-baru ini dengan gelagat sekumpulan remaja.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan laluan pandu lalu


Dikatakan remaja ini dilihat berada di laluan pandu lalu McDonald's di Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan menaiki seperti sebuah kereta yang berlampu sehingga menjadi tumpuan ramai orang.

Ini kerana mereka dilihat bertiga sedang membuat pesanan pada pandu lalu tersebut dengan sangat konfiden tanpa rasa malu langsung.

Lebih menarik perhatian apabila mereka menggunakan kenderaan seperti motosikal roda tiga dengan lampu berkelip-kelip dan bukannya kereta biasa yang digunakan oleh orang.

Video ini telah meraih perhatian netizen kerana tindakan mereka dan ada yang menyatakan mereka naik dari sebuah fun fair ke pandu lalu McDonald's tersebut.



Hati-hati nak bawa kenderaan begini ke highway, nak lakukan sesuatu perkara tu kena ingat keselamatan juga ya! - KitaReporters


5
14
0
11
0
You will be interested